Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya', malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.
SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak SD lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi tiga—Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:
* Sakit jantung berlubang
* Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
* Kurang pendengaran
* Lambat/bermasalah bertutur
* Penglihatan kurang jelas
Suasana membesarkan kanak-kanak SD:
* Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
* Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
* Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
* Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
*Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai.
Membantu kanak-kanak SD bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:
* Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
* Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
* Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
* Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
* Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
* Latihan berterusan.
* Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
* Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
* Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
* Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan kepada ibu bapa:
* Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
* Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
* Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
* Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
* Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
* Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
* Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.
Cadangan kepada ibu bapa
Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.
Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak
Ciri fizikal kanak-kanak SD :
* Hidung kemek
* Lidah tebal dan kerap terjelir
* Tapak tangan lebar
* Tapak tangan ada hanya satu lipatan
* Jari kelengkeng tangan melengkung
* Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
* Leher pendek dan besar
* Kelopak mata berlipat-lipat
* Sendi longgar
* Otot lembik
Kepentingan permainan
Permainan penting membantu pembesaran setiap kanak-kanak.
Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat.
*Permainan selidik dan jelajah
- tertarik kepada semua benda
- mengutip dan membelek objek
- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai, untuk mendapatkan tindakbalas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul atau kotak.
*Permainan membina dan kognitif
misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna
*Permainan sosial
- ketawa apabila digeletek
- bermain sembunyi-sembunyi
*Permainan khayalan
- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza
- bermain masak-masak
*Permainan merangsang pergerakan otot
- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
*Permainan bahasa
- meniru gaya cakap
- menyanyi
Pemilihan Alat Permainan
0 - 6 bulan
Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit
6 - 12 bulan
Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta
permainan cantum bina
12 - 18 bulan
Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod
bercorak, bol, ai, buku bergambar
18 bulan -
Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina, buku bergambar, boneka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan