PRODUK KAMI

Ahad, 10 Februari 2013

Reseller Tungku: Kuala Terengganu: Mommy and Me

Kami menjalankan perniagaan secara separuh masa, dari rumah, atas talian di Dungun Terengganu. Walaupun hanya bandar kecil, tapi, kami mempunyai ramai pelanggan tetap di sini.

Juga, selain Lembah Kelang dan Sarawak, kami juga mempunyai ramai pelanggan dari Kuala Terengganu. Memang, kami akan pulang ke Kuala Terengganu seminggu atau dua minggu sekali, tapi, terkadang sukar bagi pelanggan untuk mendapatkan produk kami di Kuala Terengganu. Terpaksa tunggu. :-)

Sesiapa yang di Kuala Terengganu dan tak sabar nak dapatkan tungku bayi kami, boleh ke kedai Mommy and Me di jalan menuju Pasar Besar Kedai Payang dari Bulatan Ladang. Kedai terletak di sebelah kanan, bangunan bersebelahan Hotel Grand Continental. Ia bersebelahan pejabat Alianz dan berhadapan pejabat ING.





Menariknya, selain tungku kedai ini menjual pelbagai barangan bayi dan kanak-kanak. Sambil beli tungku bayi kami, boleh juga shoping barang bayi di sini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...