PRODUK KAMI

Sabtu, 18 September 2010

Jangkitan Cacing: Jenis Jangkitan

Dari Majalah Rapi Jan 2010

A) Cacing gelang @ gelung
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banya. Kompilasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A - kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil

B) Cacing kerawit
Cacing jenis ini adalah antara yang sering kita dengar kerana ia telah menjangkiti hampir satu pertiga penduduk dunia. Ia juga sangat biasa di pedalaman, terutama jika kanak-kanak berjalan berkaki ayam. Di kawasan bandar, kanak-kanak yang tinggal berhampiran kawasan terbuka dan padang lebih berisiko mendapat jangkitan.
Cacing kerawit memasuki badan melalui kulit. Larva (anak cacing yang baru ditetaskan) memasuki usus kecil dan tinggal selama beberapa tahun. Ia hidup dengan mengambil nutrisi daripada dinding usus.
Jangkitan cacing kerawit boleh meyebabkan kehilangan darah kronik dan pesakit anemia serta kekurangan zat besi. Jika tidak dirawat segera, pembesaran seorang kanak-kanak terjejas. Antara gejala jangkitan cacing kerawit ialah tanda kekurangan darah, cepat letih, lemah, perut berasa tidak selesa.


C) Cacing pita
Jangkitan cacing pita berlaku apabila seseorang makan daging yang telah dijangkiti larva cacing. Bagaimanapun, ia jarang berlaku dan biasanya hanya dialami individu yang kerap makan daging atau produk berasaskan daging. Gejala jangkitan termasuk penurunan berat badan tanpa sebab, hilang selera makan, perut buncit dan sebahagian daripada cacing terkeluar apabila buang air besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...