Baiklah, hari ini saya ingin memberikan tips mengenai jenis-jenis ibu-bapa, mungkin anda boleh semak-semak diri anda, anda berada di kategori yang mana satu.. :)
----------------------------
#1: Tidak peduli.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak yang berperangai liar.
----------------------------
#2: Tegas
----------------------------
Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka. Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu di ikuti oleh anak-anak mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang di peruntukkan oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.
----------------------------
#3: Manja.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka.
----------------------------
#4: Seimbang.
----------------------------
Ini adalah golongan ibu bapa yang ideal. Mereka tidak terlalu garang dan juga tidak terlalu memberi ruang kepada anak-anak mereka. Kebanyakan manusia genius di dunia membesar dengan keluarga sebegini. Ibu bapa dalam golongan seperti memahami apa yang anak mereka mahukan. Keluarga mereka adalah keluarga bahagia.
Kadang-kadang kita terlalu terikut-ikut dengan gaya ibu bapa kita semasa kecil. Kita juga terlalu terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Namun, semuanya bergantung kepada kita. Anak akan jadi yang terbaik, jika didikan kita betul.
Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan