PRODUK KAMI

Sabtu, 13 November 2010

Sayangi Anak Anda..

Tahukah anda? Anak anda tidak akan menganggap anda menyayangimereka selagi anda tidak memuji atau menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka.

Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk anda ajar anak anda sesuatu. Walaupun keluarga anda mendidik anda dengan teknik sebegitu iaitu menggunakan kekerasan dan selalu marah, ia berbeza dengan keadaan anda sekarang kerana anda sekarang ada ilmu.



Ibu bapa anda dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk anda. Sekarang giliran anda pula untuk melakukan apa yang terbaik untuk anak anda. Manusia memang akan lakukan kesilapan dan anda perlu bersedia dengan kesilapan yang bakal anak anda lakukan.

Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.

Puji anak anda jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji. Tunjukkan kasih sayang jika anak anda gagal melakukan sesuatu. Anda perlu maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi anak anda untuk menjadi lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...