PRODUK KAMI

Isnin, 30 Mei 2011

Adakah anda yakin Taska anak anda selamat?

Jika dahulu, wanita tempatnya di rumah menguruskan keluarga tetapi peningkatan taraf hidup masa kini menjadikan kebanyakan ibu terpaksa keluar bekerja dan sekali gus membuatkan anak-anak terpaksa tinggal di rumah pengasuh atau taman Asuhan Kanak-kanak (Taska).

Tahukah anda, lebih daripada 2000 buah taska atau pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar? Mahukah anda mengambil risiko? Ada juga ibu bapa yang ‘cuba’ hantar anak ke Taska tanpa betul-betul memastikan criteria penting sesuatu Taska. Akibatnya, anak yang dihantar 2 atau 3 hari pulang bertemu Pencipta dan tidak kembali lagi.

"Ibu bapa seharusnya memastikan sendiri ciri-ciri Taska atau rumah yang menempatkan anak mereka itu benar-benar berdaftar, keselamatan terjamin, penjagaannya selesa selain makan dan minum yang sempurna buat anak-anak", kata Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Shamsinar Sharif dalam Harian Metro, 25 Februari 2011.

Ya! Itulah tanggungjawab ibu bapa yang sebenarnya sebelum menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan atau kepada pengasuh. Bukannya terus mencampak anak-anak ke tempat tersebut dan membiarkan pihak yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas mereka sesuka hati. Jadi, sebagai seorang ibu bapa, anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang Taska dan tahu sebab-sebab anda harus memilih perkhidmatan Taska.



Artikel dari http://babyneedsshop.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...