PRODUK KAMI

Sabtu, 1 Jun 2013

Susu Ibu Jimatkan Wang!!



Walaupun dia yang paling kecil dalam keluarga tetapi jangan terkejut kerana kos perbelanjaannya paling mahal. Keperluannya termasuk pakaian, lampin pakai buang, susu dan bermacam-macam lagi menelan belanja yang banyak.

Makanan awal bayi baru lahir pastinya susu ibu. Anda punya dua pilihan sama ada memberinya susu ibu atau susu formula.

Terdapat pelbagai jenis susu formula yang dicipta mengandungi bermacam-macam rumusan khasiat untuk bayi. Namun jangan terkejut apabila melihat kebanyakan harga setin susu formula mencecah hampir RM100.

Bayangkan setiap bulan anda perlu membeli sekurang-kurangnya tiga hingga empat tin susu untuk bayi, jadi berapa kos yang dihabiskan untuk susu sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang dan lain-lain.

Cara terbaik untuk menjimatkan kos sudah semestinya memberi si comel susu ibu. Selain ia berkhasiat dan mudah diberi kepada bayi pada bila-bila masa, susu ibu juga menjimatkan wang anda. Benarkah?

Cuba lihat dua situasi ini:

Situasi 1

Rina memberi bayi baru lahirnya susu formula. Sebulan dia perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM240 untuk empat tin susu yang berharga RM60 setin. Selain daripada itu, anaknya juga kerap mendapat batuk dan selesema. Boleh dikatakan dua bulan sekali pasti dia membawa anaknya berjumpa doktor kanak-kanak. Kos ubat-ubatan menelan belanja antara RM80 – RM120 setiap kali berjumpa doktor.

Situasi 2

Sarah juga baru melahirkan bayi. Dia berazam menyusukan bayinya dengan susu ibu sejak hamil lagi. Sebelum bersalin dia melaburkan sebanyak RM1000 untuk membeli pam susu dan aksesori penyusuan yang lengkap sebagai persediaan. Dia turut membeli peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu perahan yang berharga kira-kira RM700. Sepanjang setahun kehidupan anaknya, jarang demam atau selesema. Jadi dia dapat menjimatkan kos ubat-ubatan dan susu sekali gus.

Selepas melihat dua situasi tersebut, kita dapat buat kesimpulan yang mana satu membantu penjimatan wang sepanjang tahun pertama membesarkan anak. Secara kasarnya jika menyusukan anak dengan susu ibu, anda dapat menjimatkan wang antara RM1500 hingga RM2500 (yang diperuntukan untuk membeli susu formula ketika tahun pertama anak).

Pilihan di tangan anda. Selain bayi mendapat kebaikan daripada susu ibu, papa dan mama turut boleh menjimatkan jumlah wang yang sangat besar.

Feel Free to LIKE & SHARE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...