PRODUK KAMI

Jumaat, 20 Disember 2013

Petua-Petua Buang Kahak Bayi

Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri, 

Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisiona l:

1.Daun Pucuk Kaduk- Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InshaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya

2.Daun Sirih- Caranya,ambil beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

3.Bunga Raya Merah- Caranya,ambil bunga tersebut dan lesungkan.Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.

4.Daun pokok hati-hati - Caranya, ambil daunnya dan ramas-ramas daun tersebut kemudian letak kapur sirih + air sedikit… lepas itu sapukan dekat dada serta belakang bayi anda.

5.Air rebusan akar lalang - Caranya minum sesudu kecil air tersebut.Insyaallah dalam 2-3 hari hilang kahak.

6.Daun pegaga kampung - Ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk ,kemudian ambil air dia lepas itu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian itu bagi anak minum sehari 3 kali.

7.Entemu ( hanya mudah didapati di negeri Sarawak) - bentuk dan rupanya seakan-akan kunyit, tumbuk sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letakkan setitis air dari entemu tersebut ke lidah. InshaAllah kahak akan kering dalam 2-3 hari

8. Daun Ketumbit - Pokok dia macam pokok rumput ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan atas tapak tangan.Air dia sapu di atas ubun-ubun, dada, sebelah belakang bayi anda, InshaAllah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.

1 ulasan:

  1. Salam. Bagus petua yang diberi ni.

    Anak saya pernah admit hospital masa berumur 10 bulan, sebab ada kahak kat paru-paru. Alhamdulillah sekarang semua dah ok.

    Jemput ke blog saya, saya ada kongsikan petua untuk keluarkan kahak secara tradisional.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...