PRODUK KAMI

Rabu, 8 Januari 2014

Petua - Bayi Kembung Perut

  • Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya. Ini kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya. Sebaik-baiknya dukunglah dia. Untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk. Kemudian masuk ke dalam pusat bayi. Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.

  • Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita. Sendawa adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu. Ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
  • Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya. 
  • Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, barut bayi seperti biasa dan jauhkan daripada kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.
  • Anda juga boleh bengkungkan perutnya sahaja dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
  • Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dengan air paip, tapi terus basuh dengan sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dengan air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
  • Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.
  • Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dengan kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dengan cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa. 
  • Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.
  • Ambil jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin, kemudian tekapkan di ari-ari bayi. Pastikan tidak terlalu panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...