- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa di dalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di handphone atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.- Sentiasalah berdoa pada Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam.
Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu. "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"
-------------------------------------
Lagi Info Penyusuan di Jaga Diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan