PRODUK KAMI

Isnin, 20 September 2010

Jangkitan Cacing: Fakta

Dari Majalah Rapi Januari 2010

* Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jangkitan cacing di seluruh dunia melebihi 1.5 bilion sehingga tahun 2006

* Paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak namun risiko untuk mengalami jangkitan ini adalah pada semua peringkat umur

* Jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah jangkitan yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) pula 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.

Sabtu, 18 September 2010

Jangkitan Cacing: Jenis Jangkitan

Dari Majalah Rapi Jan 2010

A) Cacing gelang @ gelung
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banya. Kompilasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A - kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil

B) Cacing kerawit
Cacing jenis ini adalah antara yang sering kita dengar kerana ia telah menjangkiti hampir satu pertiga penduduk dunia. Ia juga sangat biasa di pedalaman, terutama jika kanak-kanak berjalan berkaki ayam. Di kawasan bandar, kanak-kanak yang tinggal berhampiran kawasan terbuka dan padang lebih berisiko mendapat jangkitan.
Cacing kerawit memasuki badan melalui kulit. Larva (anak cacing yang baru ditetaskan) memasuki usus kecil dan tinggal selama beberapa tahun. Ia hidup dengan mengambil nutrisi daripada dinding usus.
Jangkitan cacing kerawit boleh meyebabkan kehilangan darah kronik dan pesakit anemia serta kekurangan zat besi. Jika tidak dirawat segera, pembesaran seorang kanak-kanak terjejas. Antara gejala jangkitan cacing kerawit ialah tanda kekurangan darah, cepat letih, lemah, perut berasa tidak selesa.


C) Cacing pita
Jangkitan cacing pita berlaku apabila seseorang makan daging yang telah dijangkiti larva cacing. Bagaimanapun, ia jarang berlaku dan biasanya hanya dialami individu yang kerap makan daging atau produk berasaskan daging. Gejala jangkitan termasuk penurunan berat badan tanpa sebab, hilang selera makan, perut buncit dan sebahagian daripada cacing terkeluar apabila buang air besar.

Rabu, 8 September 2010

Jangkitan Cacing: Tip Untuk Ibu Bapa

Dari Majalah Rapi Ogos 2010

Dapatkan rawatan ubat cacing di klinik-klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta setiap 6 bulan bagi kanak-kanak 2 tahun dan ke atas

Pastikan anak anda mengamalkan kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan.

Sentiasa mengawasi pemakanan anak-anak anda dan bawa ke klinik berhampiran jika berlaku sebarang masalah seperti cirit-birit, sakit perut berulang dan muntah-muntah.

Bolehkan jangkitan cacing ini membawa maut?
Ya, boleh. Jika masalah kecacingan ini tidak dirawat, kanak-kanak terbabit akan mengalami kompilasi seperti yang dinyatakan. Jika kompilasi ini tidak dirawat hingga menjadi masalah serius, ianya sudah tentu membawa maut

Isnin, 6 September 2010

Jangkitan Cacing: Jaga Kebersihan Anak-Anak

Dari Majalah Rapi Ogos 2010
 
Lihat anak anda. Bukan lihat dengan pandangan kosong tetapi perlukan pemerhatian. Dia makan dan tubuhnya masih lesu dan kurus. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi selera makannya tidak pernah bertambah. Pernah terfikir akan risiko diserang jangkitan cacing?

"Bagaimana mungkin cacing menjangkiti tubuh anakku?"


Pertanyaan yang sering berlegar di fikiran ibu bapa tatkala zuriat yang dikasihi menghadapi masalah ini. Adakalanya mungkin ramai yang menyedarinya tetapi malu untuk mengakui. Mengapa harus geli? Ini hakikat untuk anda hadapi!

Jangkitan cacing sering berlaku di kalangan kanak-kanak berumur di antara dua hingga tujuh tahun. Jangkitan cacing berlaku dengan pengamalan kebersihan yang kurang baik seperti
a) Tidak mencuci tangan selepas keluar tandas
b) Tidak mencuci tangan sebelum makan
c) Bermain dengan tanah yang kotor di luar rumah dan tidak mencuci tanagn dengan bersih selepas bermain

Komplikasi yang mungkin berlaku

a) Kekurangan berat badan disebabkan zat zat makanan yang dimakan diambil oleh cacing dalam usus
b) Kekruangan immuniti menyebabkan kanak-kanak yang telah dijangkiti ini sering mengalami penyakit seperti sakit perut berulang, cirit-birit dan muntah-muntah
c) Kerosakan pada usus akibat cacing yang merosakkan diding usus.
d) Kesumbatan pada usus akibat gumpalan cacing di dalam usus
e) Anemia atau kekurangan darah merah akibat pendarahan dari usus yang dirosakkan oleh cacing

Kaedah rawatan

Secara amnya, mengelakkan dari penyakit adalah lebih baik daripada merawatinya. Bagi mengelakkan anak anda daripada mengalamu masalah kecacingan, anak anda hendaklah diberikan ubat cacing setiap 6 bulan mulai umur 2 tahun. Ini boleh mengelakkan anak anda daripada mengalami masalah kompilasi seperti dinyatakan di atas. rawatan bagi kompilasi bergantung kepada kompilasi yang dialami.

Khamis, 2 September 2010

Stok Kekabu Asli Semakin Berkurangan...

Syukur, bisnes bertambah maju! :-)
Terima kasih kepada semua yang menyokong!

Oleh kerana jualan bantal kekabu bayi semakin hangat, stok kekabu kami semakin berkurangan. Agak sukar juga sebenarnya mencari kekabu asli ni, memandangkan sudah tidak ramai orang mengusahakan tanaman kekabu lagi. Juga, barangkali orang zaman sekarang lebih gemar menggunakan bantal span yang lebih murah dan lebih pilihan. Namun, kami percaya masih ada di luar sana yang lebih gemar menggunakan bantal kekabu terutama untuk bayi mereka.



Bantal di BabyNeedsShop.blogspot.com diperbuat dari kekabu asli Terengganu, tidak kiralah untuk orang dewasa atau bayi dan kanak-kanak. :-)

Jadi, buat masa sekarang beberapa tempahan bantal kekabu bayi terpaksa ditunda bagi membolehkan kami mencari stok kekabu...

Rabu, 1 September 2010

Maaf, Surung Bantal Spongebob Sudah Tiada Stok!

Terima kasih kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan BabyNeedsShop.blogspot.com.

Memandangkan permintaan terlalu banyak, sarung bantal percuma Spongebob Hijau telah kehabisan. Ramai yang minat sarung bantal ni rupanya. Hehehehe...

Apa-apa pun kami sedang berusaha untuk mencari semula corak Spongebob itu.

Owh, kalau anda nak tahu apa yang ditulis ni, jom tengok PAGE INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...