PRODUK KAMI

Rabu, 29 Januari 2014

Kepentingan Penyusuan Ibu: Menjaga Bayi

1- Susu awal ibu adalah cecair emas
Dikenali sebagai cecair emas, kolestrum merupakan susu ibu yang awal, berupa cecair likat berwarna kuning. Ia hanya terhasil semasa mengandung dan sejurus selepas kelahiran bayi. Susu ini kaya khasiat dan antibodi untuk melindungi bayi. Walaupun bayi anda hanya mendapat sedikit sahaja kolestrum ini, ia sangat mencukupi kerana perut bayi anda masih kecil.

2- Susu anda berubah sejajar dengan tumbesaran bayi anda
Kolestrum berubah menjadi susu matang. Pada hari ketiga hingga hari kelima kelahiran, susu matang ini mengandungi kandungan lemak, gula, air dan protin yang mencukupi untuk mambantu bayi anda membesar. Ia lebih cair berbanding kolestrum, tetapi ia memberi semua khasiat dan antibodi yang bayi anda perlukan.





3- Susu ibu lebih mudah dihadam
Bagi kebanyakan bayi, terutamnya bayi pra-matang, susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula. Protin dalam susu formula diperbuat dari susu lembu dan ia membuatkan perut bayi mengambil masa yang lebih lama untuk menghadam.

4- Susu ibu melawan penyakit
Sel, hormon dan antibodi dalam susu ibu melindungi bayi dari penyakit. Perlindungan ini unik, susu formula tidak boleh menirunya. Pengambilan susu formula pada peringkat awal boleh menyebabkan jangkitan telinga dan cirit-birit. Penyusuan ibu juga boleh mengurangkan masalah paru-paru, asma, obesiti, diabetes tahap 2, dan masalah kulit bayi.

Selasa, 28 Januari 2014

Cara Untuk Penyusuan Eksklusif 6 Bulan

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut:



i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.
iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.
v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

Isnin, 27 Januari 2014

10 PERKARA YANG BOLEH MENGGAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA



Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:

1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga dua tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, tak larat mengepam, maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah, kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu, berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.

Ahad, 26 Januari 2014

Petua Untuk Ibu Mengepam Susu


  • Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa di dalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
  • Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  • Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
  • Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di handphone atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.- Sentiasalah berdoa pada Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti). 
  • Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi



Wajib ditinggalkan

- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam.

Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu. "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"


-------------------------------------
Lagi Info Penyusuan di Jaga Diri

Sabtu, 25 Januari 2014

Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu yang Telah Disejukkan/Dibekukan



Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim,antibodi dan kompenen-kompenen nutrien penting dalam susu ibu.Oleh itu perahan susu ibu yang dibekukan atau disejukkan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut:-

1) Untuk susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk di dalam peti sejuk(suhu bawah 4'C)


  •  Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk seberapa ketika.
  •  Rendam botol di dalam mangkuk atau bekas berisi air panas/mendidih selama 5 minit.Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini,tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terbahagi kepada 2 bahagian,goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagia-bahagian yang terpisah(lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasa suhu sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda.

2) Untuk susu perahan yang disimpan dibahagian sejuk beku(freezer)(suhu -8'C hingga -20'C).

  • Turukan beberapa botol susu beku(ikut keperluan) daripada bahagian sejuk beku(freezer) ke rak atas dibahagian sejuk di dalam peti sejuk(refrigerator) disebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C.Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak diberikan kepada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikan kepada bayi,keluarkan satu botol dari peti sejuk,cairkan dan panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan di dalam peti sejuk(pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu sejurus selepas proses mengepam atau memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi.
  • Susu yang sudah dicairkan atau dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu tidak diminum oleh bayi.Susu itu perlu dihabiskan dalam masa 4jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan dalam masa 2-3jam (dalam suhu bilik) dan diberikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan kebahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula,susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam(dikira daripada masa dikeluarkan dari bahagian sejuk beku)
  • Susu yang disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5-7 hari.Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan semula kebahagian sejuk beku bagi memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya.Tetapi bau dan rasa mungkin berubah sedikit kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH

  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan di atas api dapur(direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro(microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Alasan dan sebab : Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi,komposisi dan nutrien/kultur hidup dalam susu jugak akan termusnah oleh kepanasan yang melampau(40'C keatas)

Susu perahan juga mudah dipanaskan menggunakan pemanas khusus(warmer),sushu dikawal 40'C ke bawah sahaja.

Kesimpulannya:-

* Susu fresh(baru perah): tahan 4jam pada suhu bilik
* Susu disejukkan dalam peti sejuk(dekat rak bukan dibekukan) : tahan 5-7 hari
* Susu beku : bergantung pada suhu peti sejuk
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu.
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan.
- Deep Freezer: Tahan 6 bulan.

Susu beku yang telah dicairkan: perlu digukam dalam tempoh 24jam tak boleh dibekukan semula.
Susu yang di panaskan: Tahan 2-3jam.

--------------------------
Lebih Info Penyusuan di >>> JAGA DIRI

Jumaat, 17 Januari 2014

Stock Update: Barut Koleksi Januari 2014

Yeah! Kali ini stok barut memang kami masuk secara besar-besaran. Ni pun macam lepas geram sebab dah lama tak update stok barut dan tak update blog ini.

Malas cerita panjang. Jom tengok koleksi barut yang baru sahaja di upload ke blog ini dan di FB kami. :-)























Wah!!! Banyakkan? Kalau nak tengok stok yang available klik SINI. Kena cepat tau. Barut ni memang laku keras!

Khamis, 16 Januari 2014

Stock Update: Stokin Bayi Koleksi Januari 2014

Fuh, lama tak update stokin bayi. Rupanya banyak yang dah habis dan ada juga yang bertambah. Berikut stok stokin tambahan untuk bulan Januari 2014.





Bagi melihat lebih banyak lagi koleksi stokin, boleh tengok DI SINI!

Sabtu, 11 Januari 2014

Bedung Hud

STOCK UPDATE : 21 Mac 2014
"Masihkah anda tercari-cari kain bedung untuk bayi yang akan lahir tidak lama lagi?


Atau

Rasa LECEH dan SUSAH nak pakai bedung yang biasa?"

Salam sejahtera ibu-ibu dan bakal-bakal ibu sekalian...

Sesetengah bakal-bakal ibu tidak tahu kegunaan bedung bayi ini dan mengagap ianya sesuatu yang remeh  dan tidak perlu dititik beratkan. Zaman moden katanya...

Apa pentingya berbedung bayi?
  • Membantu bayi anda  tidur dengan lena dan tidak mudah terkejut dengan bunyi bising. Perlu diingat, bayi yang baru lahir perlukan sekitar 12 jam waktu tidur yang berkualiti untuk tumbesaran yang sihat.
  • Mengelakkan bayi anda berjalan mengekang apabila dewasa kelak.
  • Membantu bayi anda merasa selamat seperti berada di dalam perut ibunya.
  • Supaya bayi anda tidur dengan lurus dan tidak meringkuk. Ini seterusnya membantu menegakkan dan menguatkan otot dan tulang bayi anda.
  • Memastikan bayi anda tidak mencakar atau menggaru muka dan badannya. Ialah, bayi masih belum peka deria sakitnya. Bayi akan menggaru sehingga kulit melecet dengan teruk.
  • Bedung jenis ini pula mempunyai penutup kepala, jadi, masih boleh berbedung apabila keluar berjalan-jalan dengan maknya!

Sekarang, anda sudah tahu faedah berbedung.

Jadi, 

Apa Tunggu Lagi?


Dapatkan bedung yang berkualiti di sini.




---------------------------------------------------
BEDUNG BAYI BERHUD BD7
Material: Cotton 


 
Kereta 1

 
Bunga (KEMBALI!!!)


Bear (KEMBALI!!!)

 
Singa (KEMBALI!!!)


 
Kucing Pink (BARU!!!)


 
Singa Biru (BARU!!!)





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BEDUNG BAYI BERHUD BD8
Material: Polyster 
 
Singa (BARU!!!)


 
All Star (BARU!!!)


 
Singa 2 (BARU!!!)


Zoo (BARU!!!)


Hanya RM39
Kos Pos PERCUMA
Ke SELURUH MALAYSIA!



CIRI CIRI BEDUNG INI

* Saiz besar, lebih kurang 77x82cm

* Jadi, boleh juga buat selimut. :-)
* Dua lapis

* Terdapat lining disekeliling bedung. Insya Allah bedung akan lebih tahan lama






 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi pembelian bedung  secara borong KLIK SINI 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cara Pembelian
1) Pilih produk yang berkenan.
2) SMS (019-9123166) kepada saya, produk yang dikehendaki untuk confirmkan stok.
3) Tunggu reply daripada saya untuk mengesahkan pesanan dan bayaran yang perlu dibuat.
4) Lepas confirm jumlah bayaran, masukkan jumlah yang perlu di bayar ke akaun berikut:

No Akaun: 563091006027
Nama: Baby Needs Shop
Emel: babyneedsshop(at)gmail(dot)com






No Akaun: 13020111466524
Nama: Nurulhuda Binti Ismail
Emel: nurul_ismail85(at)yahoo(dot)com
Klik Sini Untuk Ke CIMB Clicks

6) Selepas bayaran dibuat, SMS (019-9123166) kepada saya jumlah, tarikh dan masa bayaran yang dilakukan beserta NAMA PENUH dan ALAMAT untuk di pos.
7) Kemudian saya akan poskan (Ahad-Khamis) barang kepada alamat yang di berikan mengunakan pos laju.

*Jika puan ingin cara pembayaran yang lain, jangan segan untuk hubungi saya di talian 019-9123166 (Huda - 5 petang hingga 11 malam)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...