PRODUK KAMI

Khamis, 23 Disember 2010

Jualan Borong Kain Lampin Bedung

Update: 17 Disember 2012

Jualan borong untuk bedung adalah seperti berikut

BD1: RM10/sehelai
BD2: RM 9/sehelai
BD3: RM13/sehelai
BD4: RM23/sehelai

Bagi mengetahui kod dan corak, boleh tengok di sini.

Corak boleh dipilih. :-)


Minimum Order Quantity 10 helai
Caj penghantaran bergantung kepada kuantiti :-)

Jika berminat, segera hubungi Huda 019-9 123 166 atau Nizam 019-7223166 (5ptg-11mlm).  Kalau segan nak cal, SMS pun boleh :p

Rabu, 22 Disember 2010

Testimoni dari Wina

Berikut merupakan posting dari Wina mengenai barut dan bedung yang dibeli dari kami. :-)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nowadays, ade barut & bedung warna warni eh untuk baby?
macam² corak pulak tu...comel je

dulu masa Kira pakai barut warna putih je & bedung pulak guna kain lampin Anakku yg ade corak² tue huhuhuuu


tapi kain lampin tu kecik je x muat sebenarnya nak bedung baby...Kira dulu ganas, sekejap je kaki & tangan dia dah 'melepaskan diri' :-)


ade yang tak suka bedung anak sebab x reti atau kesian baby kena 'ikat' macam tue...actually from where I come from, we Punjabis memang x bedung baby so bile Kira lahir & I tengok hubby beria² bedung dia, I pun x suka at 1st...macam kesian pulak kat Kira, x bebas...


tapi lama² baru ku faham...bedung is actually good for the baby, they feel warm, secured & boleh tido lama jugak

Kira dulu kalau x bedung, terkejut² masa tido tapi bile dibedung lama dia tido...lena je

barut pun bagus jugak, untuk elakkan kembung perut


ini barut & bedung I beli untuk baby S kat
sini
cantik, murah & kain dia lembut je tak panas & kain bedung tu boleh buat selimut baby jugak nanti so it's useful

 barut
5 pieces RM20

bedung
1 pc RM12, next purchase RM10

see..colourful

kain bedung macam² corak

so preggy moms out there yang tengah survey barang² baby, bolehlah tengok link yang I bagi kat atas tue...just to help :-)

dada!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih ye kak Wina. Owh, menarik juga blog kak Wina ni. >>> http://winacunkira.blogspot.com/

Jumaat, 17 Disember 2010

Stock Update: Barut BR3 kembali!!!

Setelah lama kehabisan stok, barut bayi BR3 kami telah kembali semula. Bagi makluman semua, barut ini masih seperti barut kami yang lain yang diperbuat dari kain cotton dua lapis. Tetapi, bagi barut bayi BR3, lapisan dalam adalah dari kain cotton flannel plain, manakala pada bahagian luar kami gunakan kain cotton flannel bercorak.

Memandangkan agak leceh untuk membuat barut bayi jenis ini, kami hanya mempunyai 10set sahaja. Jadi, usah berlengah! Dapatkan sekarang!!! >>>> BARUT BAYI

Khamis, 9 Disember 2010

Projek Bantal Peluk Transformers

Barangkali, ada produk bantal bayi kami yang tidak sesuai dengan kehendak anda. Tapi, sebenarnya kami juga menerima tempahan berdasarkan kehendak anda.

Berikut, adalah gambar tempahan bantal peluk oleh pelanggan kami, Kak Ma dari Kuala Terengganu. Beliau inginkan kami membuat bantal untuk 3 orang anak lelaki beliau yang berumur 6, 4 dan setahun. Memandangkan anak-anak beliau obses terhadap kartun, jadi kami membuat sarung bantal dari watak kartun Transformers dan Ben10.







Sarung bantal tersebut kami beli dari Johor. Kami hanya membeli kain tersebut sedikit sahaja, khas untuk anak-anak Kak Ma. :-)

Jika anda berminat untuk menempah khas bantal kekabu untuk bayi anda, jangan segan untuk hubungi Huda di talian 019-7223166. Call boleh, SMS pun boleh :-)

Rabu, 24 November 2010

Katalog Baju Bayi November 2010

Semalam kami telah keluarkan katalog produk kami bagi bulan November 2010. Hari ini kami keluarkan pula katalog pakaian bayi dan kanak-kanak edisi November 2010. Klik saja link di bawah untuk download. :-)


Selasa, 23 November 2010

Katalog November 2010

Katalog Baby Needs Shop untuk bulan November telah keluar. Tapi, bulan ini lewat sikit. Biasanya katalog kami akan keluar sebelum 15hb tiap-tiap bulan. Kelewatan amatlah dikesali. :-)

Bagi katalog kali ini, beberapa ada produk baru telah ditambah. Nak tahu, klik link di bawah! :-)


Isnin, 22 November 2010

Stock Update: Barut Warna Peach Diganti Dengan Warna Kuning

Peach

Pink
Salam semua pembaca Baby Needs Shop...

Atas permintaan, dan kajian ringkas kami, didapati barut warna peach agak kurang permintaannya. Oleh itu, kami menggantikannya dengan barut warna merah jambu (pink). Buat sementara ini juga, stok barut warna peach memang dah tiada. Tapi, jika ada permintaan untuk warna tersebut, kami akan usahakan untuk mendapatkannya. :-)

Bagi melihat koleksi warna barut kami, anda boleh KE SINI!!!

Ahad, 21 November 2010

Stock Update: Bedung BD1 Kartun Ungu Telah Habis

Salam semua!

Dukacita dimaklumkan bahawa bedung kod BD1 bagi corak Kartun Ungu telah kehabisan. Akan tetapi, akan ada beberapa corak baru yang akan dimasukkan bagi menggantikannya beberapa hari akan datang. Tunggu ye.



Atau, kalau dah tak sabar nak lihat koleksi bedung bayi kami, jom ke sini!!!

Selasa, 16 November 2010

Lagi Sebab Bayi Menangis..

Disini saya berkongsikan sedikit pengalaman saya menjadi ibu kepada 2 orang anak.

Sebenarnya dahulu ketika anak sulung saya berusia 5 bulan dia selalu menangis pada waktu malam.

Kadang kala boleh demam jadinya...

Tetapi, pada suatu hari anak saya ini menangis sekuat hati. Lebih 3 jam menangis tidak berhenti.

Kemudian saya bacakan Surah Qursi 3 kali dan barulah anak saya itu berhenti menangis dan tertidur..



Saya ada juga rujuk ustaz mengenai kes anak saya, dan menurut beliau memang ada 'makhluk halus' yang menganggu anak saya.

Ustaz tersebut menyuruh saya sentiasa meniupkan surah-surah Al Quran kepada telinga anak saya. Dan pastikan ketika Maghrib semua pintu dan tingkap ditutup.

Dan saya bersyukur kini anak saya tidak lagi menangis macam dulu.

Tetapi kadang-kadang ada juga dia menangis dan sebab dia menangis seperti lapar dan dahaga.

Oh ya, jika anda berminat untuk mengetahui sebab-sebab bayi menangis, boleh belajar rahsia tangisan bayi dengan seorang yang pakar terhadap tangisan bayi.

Isnin, 15 November 2010

Anak Menagis?

Apabila kita menerima kehadiran orang baru, kita akan menjadi janggal dan resah apabila bayi kita kerap menangis.

Maklumlah bayi tidak dapat bercakap dan kita sukar untuk memahami kehendak bahasa mereka.

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya.

Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis.

Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.

Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Kalaulah seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik ini telah diaplikasikan oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga lebih harmoni.

Ahad, 14 November 2010

Anak Adalah Aset Termahal

Anak bukan sahaja mampu membuatkan ibu bapa tersenyum ketika kehadirannya dalam keluarga, malah anak merupakan kunci kekuatan dalam diri kita. Wajahnya saja mampu mengejutkan ayah pergi bekerja. Tawanya saja mampu memadam api kemarahan si ayah.
Tangisannya saja mampu membuatkan ibu berkorban segalanya.

Wah, hebatnya anak!

Benar, anak memang hebat. Oleh sebab itu, ibu bapa sangat gembira dengan kemahiran demi kemahiran yang diperolehi si anak sejak kecil. Malah, dengan aset berharga inilah tesebuah keluarga menjadi hebat!

Sabtu, 13 November 2010

Sayangi Anak Anda..

Tahukah anda? Anak anda tidak akan menganggap anda menyayangimereka selagi anda tidak memuji atau menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka.

Marahkan anak bukan jalan terbaik untuk anda ajar anak anda sesuatu. Walaupun keluarga anda mendidik anda dengan teknik sebegitu iaitu menggunakan kekerasan dan selalu marah, ia berbeza dengan keadaan anda sekarang kerana anda sekarang ada ilmu.



Ibu bapa anda dahulu telah melakukan apa yang terbaik untuk anda. Sekarang giliran anda pula untuk melakukan apa yang terbaik untuk anak anda. Manusia memang akan lakukan kesilapan dan anda perlu bersedia dengan kesilapan yang bakal anak anda lakukan.

Cari penyelesaian, bukan melepaskan geram.

Puji anak anda jika mereka lakukan perbuatan yang terpuji. Tunjukkan kasih sayang jika anak anda gagal melakukan sesuatu. Anda perlu maafkan mereka kerana kesilapan akan membina peribadi anak anda untuk menjadi lebih baik.

Jumaat, 12 November 2010

Stock Update: Corak Sarung Bantal PERCUMA Yang Baru

Sebagai galang ganti kepada stok sarung bantal PERCUMA yang habis semalam, kami telah menggantikannya dengan tiga corak sarung bantal PERCUMA yang boleh anda pilih bagi setiap pembelian bantal kekabu kami. Corak-corak tersebut seperti berikut:-

Merah Bulat

Biru Bunga

Merah Kotak

Apalagi, jom tempah bantal kekabu anda beserta sarung bantal PERCUMA DI SINI!!!

Khamis, 11 November 2010

Stock Update: Sarung Bantal PERCUMA Telah Habis

Syukur, bisnes semakin maju. Terima kasih semua. :-)

Baru sahaja rasanya kami melancarkan pakej sarung bantal PERCUMA bagi pembelian setiap bantal kekabu kami. Berikutan itu, dua corak sarung bantal PERCUMA telah pun "out of stock". Corak tersebut ialah

Coklat Buluh

Biru Abstrak
Namun, masih ada lagi berbagai pilihan sarung bantal PERCUMA bagi setiap pembelian bantal kekabu kami. Jom KE SINI!

Rabu, 10 November 2010

Stock Update: Warna dan Corak Bedung Terbaru!!!

Sabagai menggantikan warna dan corak bedung yang telah kehabisan, kami menggantikannya dengan warna dan corak bedung yang baru. Warna dan corak tersebut adalah


Hijau
 
Arnab Biru
Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan bedung BabyNeedsShop DI SINI!!!

Selasa, 9 November 2010

Stock Update: 2 Warna & Corak Bedung Telah Habis

Terima kasih kepada semua pelanggan kami. Kepada bakal pelanggan, apa lagi, jom shopping! :-)

Dukacita dimaklumkan bahawa 2 warna dan stok bedung kami telah kehabisan. Warna dan corak tersebut adalah

   
Teddy Bear Kuning

Biru
Namun, ada banyak lagi pilihan bedung yang anda boleh pilih. Jom KE SINI!!

Isnin, 8 November 2010

Menjadi ibu yang empati…

Di sini saya kongsikan satu dialog yang sering kita hadapi dan temui...

"Kenapa kamu tak nak dengar, dengar apa yang ibu cakap", "Gunalah otak, jangan main buat je"...

Hurm, kadangkala kita terlepas cakap. Mungkin stress, letih atau dah biasa. Saya tak nafikan, kata-kata ini juga pernah keluar daripada mulut seorang pensyarah saya.

Namun, cuba kita fikirkan...



Ketika anak membuat kesilapan. Kita lantas menegurnya dengan cara ini. Bukankah ia tidak mematangkan pemikiran dan tindakan anak-anak, sebaliknya boleh menjadikan anak berfikiran negatif.

Ketika anak membuat kesalahan, sebenarnya kita mampu memberikan pengajaran yang baik kepadanya. Dengan sikap empatilah kita mampu menjadikan anak berfikir dengan matang.

Cuba perhatikan pula dialog ini:

"Ibu faham kenapa jadi begitu" atau mungkin kita hanya perlu senyum ketika anak berbuat salah.

Ha! Nampak tak bagaimana dengan jawapan di atas, keyakinan anak kita akan lebih tertancap teguh...

Ahad, 7 November 2010

Pastikan Tidur Anak Anda Mencukupi.

Sekarang ini manusia semakin kurang tidur. Kesibukan melampau menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur. Tidur adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan kerana ia akan memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.

Oleh itu, ajar anak anda untuk mendapat tidur yang cukup supaya mereka akan membesar dalam keadaan yang segar. Tidur yang cukup juga mengajar anak anda untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.

Masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan menjadikan anda segar dan sudah tentu anda akan menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Masa tidur untuk anak-anak anda adalah berbeza mengikut umur mereka. Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:

Usia setahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur 10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.



Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari. Selebihnya anda perlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang. Ajar anak anda untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.

Teman anak anda ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur. Bagi anak kecil, temani ketika dia hendak tidur. Bagi remaja, jika mereka rasa tidak mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca sesuatu sebelum tidur.

Khamis, 4 November 2010

Stock Update: Foot Detox Patch 1st Batch telah kehabisan stok

Terima kasih semua pembeli foot detox patch kami.



Stok foot detox patch kami telah habis. Tapi tempahan masih dibuka. Untuk tempahan boleh terus hubungi Huda (019-9123166). Bagi mengetahui tentang foot detox patch dan harga yang kami tawarkan, boleh KE SINI.

Rabu, 3 November 2010

Produk Baru: Bengkung Ibu

Produk baru datang! Kali ini kami telah berjaya membuat bengkung ibu. Biasanya, bengkung ibu dipakai oleh ibu selepas bersalin bagi mengempiskan perut dan menetapkan kedudukan rahim. Namun begitu, bengkung ini boleh juga oleh lelaki atau wanita yang ingin mengempiskan perut.



Menariknya, saiz bengkung kami mempunyai pilihan sehingga saiz pinggang dari 28 - 43 inci. Tetapi, jika saiz pinggang ada tiada dalam julat tersebut, anda boleh menempah bengkung anda dengan kami dengan harga yang sangat berpatutan.

Menarik lagi, kami dalam tempoh promosi, jadi bengkung ibu kami ini dijual lebih murah dari harga sebenar. Hanya untuk 6 helai pertama sahaja!

Dapatkan bengkung ibu kami DI SINI.

Selasa, 2 November 2010

Stock Update: Barut bayi BR3

Sekali lagi kami memohon maaf kerana ada produk kami yang telah kehabisan stok. Produk tersebut adalah barut bayi kod BR3. Barut bayi BR3 ini amat unik kerana ia menggunakan kain cotton flannel. Lebih menarik lagi, barut bayi bersebut mempunyai corak di bahagian luarnya.




Akan tetapi, kami kini sedang berusaha untuk menambah barut bayi BR3 dengan inovasi beberapa terhadap beberapa corak kain.
Bagi melihat stok barut bayi yang terkini, jom KE SINI.

Isnin, 1 November 2010

Stock Update: Barut bayi warna PINK telah habis....

Kami memohon maaf kepada semua bakal pelanggan BabyNeedsShop kerana stok kain untuk warna pink barut bayi telah kehabisan.




Akan tetapi, banyak lagi warna pilihan warna dan corak yang boleh anda pilih.


Untuk pilihan barut bayi, klik SINI

Ahad, 31 Oktober 2010

4 Cara Membina Hubungan

Hari ini saya ingin berkongsikan 4 cara membina hubungan mesra dengan anak-anak anda.

--------------------------------------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda.
--------------------------------------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda sejak kecil lagi. Ia akan membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak anda. Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak anda. Anak anda akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan dari anda. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang
antara anda dan anak anda.

--------------------------------------------
Simpan rahsia anak anda.
--------------------------------------------
Kadang-kadang anak anda ingin perhatian dari anda dan mereka akan menceritakan sesuatu yang peribadi kepada anda seperti teman wanita atau lelaki idaman mereka, atau mungkin juga masalah rakan-rakan. Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda, mereka sebenarnya mahukan anda rahsiakannya dari adik beradik yang lain. Maka, eloklah anda rahsiakannya.



--------------------------------------------
Jangan mengutuk kelemahan anak anda.
--------------------------------------------
Jangan banding-bandingkan antara anak anda dengan anak anda yang lain. Jangan juga bandingkan antara anak anda dengan kanak-kanak yang lain. Anak-anak menganggap anda adalah pelindung besar mereka. Jika anda mula tidak menyokong mereka, anda akan hilang hormat dari mereka.

--------------------------------------------
Beri perhatian jika anak-anak bercakap dengan anda.
--------------------------------------------
Pastikan anda melihat mata anak anda ketika anda berkata dengan mereka. Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap kali anda mendengar aduan dari mereka, mereka akan semakin rapat dengan anda.


Sekian, semoga tips hari ini dapat membantu anda mengeratkan lagi hubungan anda dengan anak-anak anda.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Jaga Kelakuan Anda..

Tahukah anda? Anak-anak sentiasa menganggap tindakan yang di lakukan oleh ibu-bapa adalah yang terbaik dan betul.

Mereka akan sentiasa terikut-iktut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Oleh itu jagalah kelakuan anda kerana ia amat penting dalam mendidik anak-anak anda.

Jika anda perhatikan kebanyakan ibu bapa dan mungkin anda sendiri, akan melakukan perkara yang sama apa yang ibu bapa anda lakukan pada anda.

Ketika kecil anda mungkin akan di rotan kerana melakukan kesalahan. Ibu bapa anda juga mungkin seorang yang tegas, baik dan bijak.

Namun, lebih elok jika anda mendidik anak anda, dengan cara yang tersendiri. Ini kerana anda lebih mengenali anak anda berbanding orang lain.



Sejak anak anda kecil, mereka akan sentiasa mengikuti apa yang anda lakukan. Cara anda bercakap, cara anda menyelesaikan sesuatu masalah, cara anda bercakap dengan ibu bapa anda.

Semuanya mereka akan jadikan sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, sentiasalah menjaga kelakuan anda di hadapan anak-anak anda.

Kelakuan & tingkah laku anda, adalah merupakan sumber pembelajaran utama bagi anak-anak anda.

Khamis, 28 Oktober 2010

4 Kategori Ibu Bapa

Baiklah, hari ini saya ingin memberikan tips mengenai jenis-jenis ibu-bapa, mungkin anda boleh semak-semak diri anda, anda berada di kategori yang mana satu.. :)

----------------------------
#1: Tidak peduli.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak yang berperangai liar.

----------------------------
#2: Tegas
----------------------------
Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka. Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu di ikuti oleh anak-anak mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang di peruntukkan oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.



----------------------------
#3: Manja.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka.

----------------------------
#4: Seimbang.
----------------------------
Ini adalah golongan ibu bapa yang ideal. Mereka tidak terlalu garang dan juga tidak terlalu memberi ruang kepada anak-anak mereka. Kebanyakan manusia genius di dunia membesar dengan keluarga sebegini. Ibu bapa dalam golongan seperti memahami apa yang anak mereka mahukan. Keluarga mereka adalah keluarga bahagia.


Kadang-kadang kita terlalu terikut-ikut dengan gaya ibu bapa kita semasa kecil. Kita juga terlalu terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Namun, semuanya bergantung kepada kita. Anak akan jadi yang terbaik, jika didikan kita betul.

Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.

Rabu, 27 Oktober 2010

Sarung Bantal Corak Biru Kotak Terpaksa Ditarik Keluar

Atas nasihat kawan-kawan dan pelanggan setia kami, sarung bantal corak "Biru Kotak" ditarik keluar dari ditawarkan secara percuma. Ini kerana, kami mendapat maklum balas yang mengatakan corak tersebut kelihatan tidak menarik.


Namun, kain corak di atas akan digunakan untuk membuat kulit luar bantal. :-)

Bagi melihat corak sarung bantal bayi yang lain, boleh klik DI SINI
Bagi melihat corak sarung bantal kekabu pula, boleh klik DI SINI

Bagi makluman semua, sarung bantal adalah PERCUMA bagi setiap pembelian bantal dari Baby Needs Shop.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sarung Bantal Kekabu Bayi Yang Terbaru!!!

Salam semua pelawat  Baby Needs Shop. Memandangkan modal pusingan kami semakin membesar, kami kini menawarkan lebih pilihan untuk sarung bantal PERCUMA!!!

Kali ini, ada empat corak sarung bantal PERCUMA baru yang boleh anda pilih.









Selain dari empat corak baru di atas, ada lagi  8 corak sarung bantal percuma yang boleh anda pilih. Untuk melihatnya, jom klik DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...