PRODUK KAMI

Isnin, 11 Julai 2011

Stok Tungku Dah Habis

Kami minta maaf jika ada yang hendakkan tungku bayi kami dalam 2 3 hari ni. Stok tungku kami dah habis. Juga, ada beberapa puluh tempahan tungku perlu disiapkan.

Kalau tiada aral melintang, minggu depan tungku bayi kami akan kembali di pasaran!

Tunggu ye!

p.s: Walaupun stok dah habis, tapi, tempahan masih diterima. :-) Hubungi saya, Huda 019-9123166 (5 ptg - 11 mlm) bagi maklumat lanjut.

Ahad, 3 Julai 2011

Stock Update: Barut Bayi Koleksi Julai 2011

Alhamdullilah, akhirnya siap juga 70 helai barut bayi hujung minggu. Ada warna baru, ada corak baru. Tapi, kami terpaksa menaikkan sedikit harga kerana kos bahan mentah yang meningkat lebih 30%! Lama juga sebenarnya harga bahan mentah ni naik, sejak Januari lepas. Sikit-sikit dia naik. Mulanya kami dapat serap kenaikan tu, tapi, akhirnya kami tak dapat menyerap kenaikan harga. Maaf ye. Apa yang pasti kualiti masih sama kalaupun tidak makin meningkat. :-)

Jom tengok gambar barut baby kami yang baru. :-)










Kalau ada yang berkenan, order sekarang DI SINI. Ada stok yang limited sangat-sangat tau!

Sabtu, 2 Julai 2011

Apa kata mereka yang telah mencuba kaedah mengajar anak membaca ini ?

Saya merupakan seorang ibu kepada anak yang baru sahaja berumur setahun sembilan bulan. Pada mulanya saya tidak mengetahui bahawa kaedah ini bagi bayi di bawah usia 2 tahun. Setelah mengenali ebook ini saya cuba mempraktikkan kepada anak saya dan ianya ternyata berkesan dan memerlukan latihan yang konsisten. Ia mudah, penyediaan bahan yang murah dan masa yang singkat menjadikannya satu aktiviti yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa.Bayi mudah belajar bukan sahaja kerana perkataan yang diajar bermakna bagi bayi malah mudah difahami kerana perkataan yang dipilih wujud di persekitaran mereka.Kepada ibu bapa, gunakanlah masa di peringkat umur emas ini untuk menjana intelek bayi menjadi anak pintar cerdas. Terima kasih kepada penulis kerana perkongsian ilmu yang begitu berharga ini.
( Pn. Noor Syakilla - Guru dan Ibu)

Penulis merupakan seorang ibu yang sangat berpengalaman dalam teknik mengajar bayi membaca. Berdasarkan kepada panduan lisan dan teknik yang diberikan kepada saya oleh penulis banyak memberikan pengetahuan yang berguna tentang cara untuk mengajar bayi membaca bermula seawal usia 6 bulan memandangkan saya bekerja di tempat yang sama dengan penulis. Saya yakin eBook yang telah saya baca ini berupaya menjadikan bayi saya yang masih kecil ini berkebolehan membaca seawal umur 1 tahun. Saya telah pun memulakan teknik yang dipelajari dari penulis dan berpandukan kepada eBook ini bersama-sama dengan isteri saya dalam mengajar bayi kami membaca.EBook ini amat berkesan dan berguna kepada para ibu bapa yang mahukan bayi mereka membaca seawal usia 1 tahun.
( En. Mohd Azhar B.Saad -Guru dan Bapa )

Saya berjaya memperkenalkan banyak perkataan kepada bayi saya dengan mengaplikasikan teknik yang telah saya pelajari dari eBook dan dari penulis sendiri.Teknik yang saya pelajari ini amat mudah dan berkesan dalam mengajar bayi mengenal perkataan memandangkan otak bayi pada usia 6 bulan mengalami perkembangan sebanyak 70%. Teknik ini juga tidak memerlukan masa yang lama. Selain itu, dari eBook ini saya juga telah mempelajari beberapa teknik senaman bayi yang mampu membantu perkembangan otak bayi. Saya berpandangan eBook ini amat berkesan dan berguna kepada para ibu bapa yang mahukan bayi mereka membaca seawal usia 1 tahun kerana secara tidak langsung kita memupuk minat anak-anak kita untuk membaca.
Pn Roziah Ishak

Ternyata mereka berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi dengan produk ini.Kalau dahulu mereka tak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah mengajar anak mereka membaca, kini segalanya menjadi mudah setelah mereka mengamalkan kaedah yang terkandung di dalam ebook ini.


Jumaat, 1 Julai 2011

Promosi Kasi Habis!!!

Sehingga 7 Julai ini, kami mengadakan jualan kasi habis bagi produk Set Belajar Jawi!

Bagi pengetahuan semua, dari masa ke semasa kami akan sentiasa akan adakan promosi dan potongan harga. :-)

Bagi promosi kali ini, jika produk Set Belajar Jawi habis sebelum 7 Julai, maka promosi ini juga akan tamat.

Bagi maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...