PRODUK KAMI

Isnin, 30 Mei 2011

Adakah anda yakin Taska anak anda selamat?

Jika dahulu, wanita tempatnya di rumah menguruskan keluarga tetapi peningkatan taraf hidup masa kini menjadikan kebanyakan ibu terpaksa keluar bekerja dan sekali gus membuatkan anak-anak terpaksa tinggal di rumah pengasuh atau taman Asuhan Kanak-kanak (Taska).

Tahukah anda, lebih daripada 2000 buah taska atau pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar? Mahukah anda mengambil risiko? Ada juga ibu bapa yang ‘cuba’ hantar anak ke Taska tanpa betul-betul memastikan criteria penting sesuatu Taska. Akibatnya, anak yang dihantar 2 atau 3 hari pulang bertemu Pencipta dan tidak kembali lagi.

"Ibu bapa seharusnya memastikan sendiri ciri-ciri Taska atau rumah yang menempatkan anak mereka itu benar-benar berdaftar, keselamatan terjamin, penjagaannya selesa selain makan dan minum yang sempurna buat anak-anak", kata Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Shamsinar Sharif dalam Harian Metro, 25 Februari 2011.

Ya! Itulah tanggungjawab ibu bapa yang sebenarnya sebelum menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan atau kepada pengasuh. Bukannya terus mencampak anak-anak ke tempat tersebut dan membiarkan pihak yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas mereka sesuka hati. Jadi, sebagai seorang ibu bapa, anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang Taska dan tahu sebab-sebab anda harus memilih perkhidmatan Taska.



Artikel dari http://babyneedsshop.blogspot.com/

Ahad, 29 Mei 2011

Jumpa kami di mau.my

Setelah blog, facebook dan mudah.my, kami kini boleh dijumpai di mau.my. Laman ini ada macam mudah.my, tapi ia lebih mudah untuk diuruskan dan ia diintegrasi terus dengan facebook kami. Jadi, bakal pelanggan kami akan lebih berkeyakinan sebab mereka akan tahu siapa kami sebenarnya. :-)



Kedai kami di mau.my juga menjual produk-produk untuk bayi, ibu dan anak-anak. Antaranya bedung, barut, bengkung, tungku, baju, tilam dan bantal. Jom pergi ke...

http://mau.my/babyneeds/

Sabtu, 28 Mei 2011

Bagaimana Yahudi Jadi Pintar..

Ini adalah hasil tulisan seorang Doktor inggeris.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Rahsia bagaimana membentuk anak pintar diterangkan di dalam ebook RAHSIA ANAK PINTAR merangkumi hasil kajian dari Barat dan rahsia-rahsia Ilmuan Islam lampau.

Jumaat, 27 Mei 2011

Persaingan Semakin Sengit..

Anda sendiri sedia maklum bahawa setiap hari bilangan rakyat Malaysia bertambah, bilangan pelajar turut meningkat, sudah tentu bilangan graduan semakin ramai yang mana bakal menjadi pesaing kepada anak-anak kita.

Perhatikan Fakta-fakta Berikut:
6277 pelajar di seluruh Malaysia dapat A dalam semua mata pelajaran
(SPM 2008)

7987 pelajar di seluruh Malaysia dapat A(A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran
(SPM 2009)

139, 207 permohonan bagi kemasukan pelajar ke IPTA bagi sesi 2009/2010
(Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi)

Hanya 3% dari pelajar lepasan menengah yang berjaya ke IPTA
(Education Guide Malaysia Edisi Ke-4)

120,000 pelajar Melayu lepasan SPM dan STPM gagal mendapat tempat di IPTA pada tahun 2005
(Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia, statistik Unit Pengambilan Universiti (UPU))

Kumpulan tersebut mempunyai kelayakan yang mencukupi tetapi gagal melanjutkan pengajian ekoran bilangan tempat yang sangat terhad
(Utusan Malaysia, 13 Julai 2005)

Kita perlu sedar akan perkara yang bakal anak-anak kita tempuhi pada masa yang akan datang iaitu:

Persaingan!!!

Statistik di atas adalah bagi tahun 2008 dan 2009. Kalaulah sekarang anda ada anak umur 7 tahun. Adakah 10 tahun lagi statistik tersebut tidak ada peningkatan? Kalau sedang mengandung, fikirkan bagaimana persaingannya 17 tahun lagi. Mungkin anda juga perasan bahawa ibu-bapa sekarang berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat perkembangan minda yang memerlukan kos beribu-ribu ringgit? Lain lagi kos-kos bagi buku-buku pendidikan dan alat-alat permainan bagi rangsangan minda.

Persaingan untuk mendapatkan biasiswa!!… Kalau dulu, hampir semua pelajar Melayu yang masuk universiti dapat biasiswa atau dermasiswa (barangkali zaman anda dulu). Tapi sekarang sudah berubah, kalau pelajaran tak seberapa, alamat tak dapat lah nak mengharapkan biasiswa. Ibu bapa terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membiayai pelajaran anak yang semakin meningkat.

Namun bagi pelajar cemerlang seperti adik Nik Nur Madihah yang memperolehi 20A SPM 2008, tawaran datang mencurah-curah..

Perbelanjaan pendidikan anak-anak pada peringkat awal jauh lebih bermakna daripada perbelanjaan ketika mereka sudah dewasa.

Khamis, 26 Mei 2011

RAHSIA ANAK PINTAR

Sebuah ebook yang membongkar rahsia menjadikan anak pintar cerdas bukan sahaja dari sudut intelek, malah merangkumi emosi dan rohani yang merupakan keperluan penting dalam hidup.

Ebook Rahsia Anak Pintar mendedahkan hasil kajian-kajian Barat dan panduan pendidikan anak berasaskan amalan Ilmuan Islam terdahulu yang telah mengungguli dunia.

Kandungan Ebook Rahsia Anak Pintar mengenengahkan amalan-amalan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sewaktu anak di dalam kandungan sehingga anak-anak di peringkat remaja bagi meningkatkan kecerdasan minda mereka

Rabu, 25 Mei 2011

Mahukan Anak Pintar Cerdas? Mesti Baca Ini..

Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?

Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Persoalan-persoalan ini terjawab apabila saya terjumpa satu laman web berikut



Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk [Rahsia Anak Pintar]. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Selasa, 24 Mei 2011

Pengusaha taska pasti ketar lutut

"Semalam saya dan abang meronda sekitar kawasan perumahan kami dan melawat 2 taska yang berhampiran bagi menempatkan anak-anak abang saya ketika mereka suami isteri berkerja.

Saya memang dah baca 2-3 kali ebook tersebut. Walaupun isi kandungannya saya tidak 100% ingat, tapi ia sangat-sangat berguna ketika saya mengemukakan soalan kepada owner taska tersebut. Yang pentingnya, saya tahu apa yg perlu ditanya. Ada salah satu owner tergagap-gagap nak jawab bila saya tanya tentang JKM.

Bila saya tanya berapa kanak-kanak dan berapa penjaga yg ada, saya dah boleh tahu sama ada taska tersebut mematuh peraturan atau tidak.

Kesimpulannya, ebook puan ni memang sangat berguna untuk dijadikan rujukan dan dalam kes saya, ia benar-benar datang ketika saya perlukan satu panduan bagi memilih taska."
-Ummu 'Aisyah-

Seperti yang saya katakan sebelum ini antara rahsia yang terdapat dalam ebook panduan ini adalah berkenaan tentang persoalan WAJIB yang perlu diajukan kepada pihak TASKA. Antara perkara yang paling penting adalah anda perlu mengetahui sama ada TASKA tersebut berdaftar ataupun tidak.

Saya kira panduan ini cukup lengkap bagi rujukan anda dan pasangan nanti. Sekurang-kurangnya andda telah dapat menjimatkan masa. Namun apa yang istimewanya ebook panduan ini :
1) Pendedahan berkaitan peranan dan kepentingan pusat asuhan atau pengasuh.
2) 7 langkah dalam membuat pilihan Taska yang terbaik.
3) Semakan Taska pilihan sama ada menepati sembilan (9) kriteria yang wajib dimiliki.
4) Mengetahui 7 kriteria yang wajib dimiliki oleh seorang pengasuh.
5) Penerangan berkenaan penderaan dan jenis-jenis penderaan secara terperinci.
6) 20 soalan wajib yang perlu diajukan kepada pihak Taska sebelum mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
7) Checklist Memilih Taska yang mengandungi senarai semak terhadap kriteria-kriteria Taska dan pengasuh bertugas.

Dan banyak lagi sebenarnya! Ini tidak termasuk bonus lagi yang saya berikan.

Pendedahan sebegini amat kurang lebih-lebih lagi permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa menyukarkan mereka untuk membuat pilihan. Biarkan panduan ini yang membantu anda. Demi masa depan anak-anak, anda perlu membuat keputusan yang bijak.

p/s : Antara perkara yang menarik adalah tentang 20 soalan wajib. Kalau satu soalan depa (pihak TASKA) terketar-ketar nak jawab, sah-sahlah mereka banyak masalah. Kalau tak daftar lagilah masalah. Anda nak tahu ke? Jom dapatkan ebook ini sekarang! =) http://tinyurl.com/pilihtaska1

Artikel disedut dari http://babyneedsshop.blogspot.com/

Isnin, 23 Mei 2011

Bagaimana mungkin cacing menjangkiti tubuh anak anda?

Dari Majalah Rapi Bil 13

Pertanyaan yang sering berlegar di fikiran ibu bapa tatkala zuriat yang dikasihi menghadapi masalah ini. Adakalanya mungkin ramai yang menyedarinya tetapi malu untuk mengakui. Mengapa harus geli? Ini hakikat untuk anda hadapi!

Jangkitan cacing sering berlaku di kalangan kanak-kanak berumur di antara dua hingga tujuh tahun. Jangkitan cacing berlaku dengan pengalaman kebersihan kurang baik seperti:

1) Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas
2) Tidak mencuci tangan sebelum makan
3) Bermain dengan tanah yang kotor di luar rumah dan tidak mencuci tangan dengan bersih selepas bermain.

Nota: Cara penyebaran adalah secara fecal-oral bermaksud dari saluran najis ke mulut, sebab itu ia lebih sering berlaku kepada kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan diri.

Artikel disedut dari http://babyneedsshop.blogspot.com/

Ahad, 22 Mei 2011

Risaukan keselamatan anak-anak di taska?

Sering kali kita dengar berita tentang bayi mati di taska. Ada yang tercekik susu, ada yang berlaku pendarahan dalam otak, ada yang cedera dan macam-macam lagi. Sampai risau nak hantar anak ke taska, kan. Tapi terpaksa juga kerana terpaksa keluar bekerja.

Ya, saya faham. Saya juga salah seorang ibu yang terpaksa keluar bekerja dan menghantar anak ke taska. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu menyerahkan nasib anak saya di Taska semata-mata. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menghasilkan ebook Panduan Memilih Taska ini.

Alhamdulillah, kajian yang dihasilkan ini banyak membantu saya. Jadi, saya berharap ia akan membantu ibu bapa lain juga.

Artikel disedut dari http://babyneedsshop.blogspot.com/

Sabtu, 21 Mei 2011

Stock Update & Reload: Bedung Bayi Koleksi Mei 2011 - 2

Salam semua. Kali ini kami hendak memberitahu bahawa kami telah menambah lagi stok bedung bayi kami. Antara bedung bayi yang telah kami "reload" termasuklah bedung plain BD1 plain warna pink. Kami juga telah tambah stok baru, iaitu bedung bayi warna biru plain dan corak little rabbit blue.


Bagi melihat stok penuh bedung bayi kami, anda boleh ke sini.

Jumaat, 20 Mei 2011

Jumpa kami di mudah.my

Kalau anda rasa pening tengok produk kami di blog dan facebook, apa kata anda browse produk kami di mudah.my.



Produk sama je macam di blog. Ada bedung, barut, bengkung, bantal, tilam, tungku dan pelbagai lagi produk untuk bayi dan anak anda. Jadi, apa lagi! Jom lawat kami di mudah.my!

http://www.mudah.my/baby-needs

Khamis, 19 Mei 2011

Produk Cadangan: Bedung Blanket Berhud

Ada permintaan dari pelanggan kami yang mahukan bedung blanket berhud. Buat punya buat, rasa cantik la pulak. Tapi, kami tak boleh syok sendiri, apa pandangan anda semua mengenai bedung blanket berhud ini?





Bedung blanket ini diperbuat dari kain cotton flannel plain. Manakala pada hud (penutup kepala), kami gunakan kain cotton flannel bercorak. Manakala disekeliling tepi bedung blanket berhud ini kami buat semacam border. Rasanya-rasanya, boleh laku tak ni? Minta pandangan anda semua! :-)

Rabu, 18 Mei 2011

Stock Reload: iSense Kembali

Kerana sambutan yang hangat terhadap produk iSense, maka kami telah menambah menyediakan stok banyak untuk anda. Tapi, kali ini stok kami lebih tertumpu kepada panty liners, kerana ramai pelanggan sebelum ini lebih gemar membeli panty liners sahaja berbanding satu set lengkap pada iSense. Bagi melihat bagaimanakah rupanya panty liners iSense, jom klik di sini.



Selasa, 17 Mei 2011

Produk Baru: Bantal kekabu kanak-kanak 2 hingga 5 tahun.

Ini merupakan produk percubaan kami. Kalau ada sambutan, kami teruskan. Kalau tiada sambutan, apa boleh buatkan. :-)

Memperkenalkan bantal kekabu untuk kanak-kanak berusia 2-5 tahun. Percuma dengan sarung bantal. Saiz 9x15 cm. Nak tahu lebih lanjut boleh ke sini dan scroll bawah sikit ek. :-)


Isnin, 16 Mei 2011

Stock Update & Reload: Bedung Bayi Koleksi Mei 2011

Seperti biasa, stok bedung bayi yang lama dah habis, jadi kenalah topup dengan stok bedung bayi yang baru. Ada beberapa warna baru, dan ada juga beberapa corak yang telah lama tiada, kembali. Lebih lanjut mengenai corak dan pilihan warna yang ada, boleh rujuk di sini.




Ahad, 15 Mei 2011

Stock Reload: Tungku Bayi Mei

Sambutan terhadapa tungku bayi kami amat menggalakkan. Tak sangka pula. Ingatkan tak berapa laku. Terima kasih semua. Bagi makluman semua, tungku bayi kami memang 100% buatan kami sendiri. Bahan rempahnya diadun melalui resepi bidan berpengalaman. Itu sebablah kami boleh jual tungku bayi kami ini murah sikit dari pasaran. Dan jika anda mahu beli dalam kuantiti yang banyak, kami boleh beri lagi diskaun tau! :-)

Kali ini, kali telah reload dan update stok tungku bayi. Berbagai pilihan yang ada.










Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tungku bayi kami, boleh ke sini.

Sabtu, 14 Mei 2011

Kenapa Anda Harus Memilih TASKA?

Tahukah anda bahawa TASKA merupakan kelolaan pihak JKM dan diletakkan di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Malaysia.

Saya menyarankan agar anda menjadikan TASKA sebagai satu pilihan terbaik untuk tujuan penjagaan anak anda nanti. Selain mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, TASKA juga dilihat mampu memberikan perkhidmatan terbaik antaranya seperti menyediakan pengasuh yang terlatih, pendedahan tetntang pendidikan awal anak-anak
dan lain-lain lagi.

Tetapi AWAS!
Pemilihan TASKA bukanlah mudah seperti yang disangkakan sebelum ini.

"Aik, tadi awak kata TASKA pilihan terbaik"

Dengar dulu, Sebelum ini Berita Harian pernah melaporkan bahawa kes bayi mati akibat tercekik susu adalah datangnya dari sebuah TASKA di Putrajaya dan Johor Bharu. Hasil siasatan mendapati TASKA tersebut sama sekali tidak berdaftar dengan pihak berwajib. Ini sedikit sebanyak menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan ibu bapa.

http://tinyurl.com/pilihtaska1

Saya boleh membantu anda untuk menangani masalah ini. Hasil daripada pengalaman sebelum ini, sebuah panduan memilih TASKA telah berjaya diterbitkan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat ebook panduan ini. Sekiranya anda kurang berkeyakinan, randa boleh lihat testimonial yang telah mendapatkan panduan ini. Jangan berlengah lagi, saya percaya anda akan membuat tindakan yang bijak.


http://tinyurl.com/pilihtaska1

Jumaat, 13 Mei 2011

Rasa Panduan Taska Tak Penting?

Mungkin bagi anda, panduan ini tidak perlu kerana anda mempunyai pembantu rumah dan ibu bapa yang boleh membantu menjaga mereka.

Adakah tindakan anda itu betul?

Adakah pembantu rumah itu mempunyai asas dalam penjagaan bayi? Tahukah anda, kes-kes sebelum ini yang melibatkan penderaan juga banyak timbul dari dalam kalangan pembantu rumah. Penderaan dan kelalaian ini berpunca akibat sambil lewa
sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil berat soal penjagaan anak mereka.

Mungkin kata anda "kalau macam tu, saya minta ibu bapa yang menjaganya"

Adakah anda ingin menyusahkan ibu bapa anda untuk menjaga anak-anak? Sekurang-kuranya apabila anda menghantar anak ke TASKA, beban mereka boleh menjadi berkurangan. Anda tidak perlu memikirkan soal kebimbangan terhadap anak anda nanti.

Panduan ini boleh membantu anda : http://tinyurl.com/pilihtaska1

"Saya tengok anak orang lain yang hantar kat pusat jagaan lain, biasa je, tak ada luka-luka pun"

Saya tanya kepada anda, adakah anda ingin melihat anak-anak mempunyai luka-luka di badan kesan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab? Saya tidak mahu anda menyesal di kemudian hari.

Tahukah anda, penderaan itu bukanlah semata-mata berbentuk fizikal sahaja, malah yang cukup membahayakan apabila anak anda mengalami penderaan mental. Ini akan mengakibatkan proses perkembangan otak anak anda boleh terganggu. Kes ini sukar dikenalpasti kerana mereka sukar untuk memberitahu tentang apa yang berlaku terhadap diri mereka. Apatah lagi, mereka masih belum dapat membezakan apa yang baik ataupun buruk.

Rabu, 11 Mei 2011

Mahu anak pintar dan sihat?

Kita sedia maklum bahawa pembesaran bayi yang sihat adalah bergantung kepada cara pemakanannya. Ia merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan.

Namun timbul masalah besar apabila anda dan pasangan sibuk memikirkan sebuah pusat jagaan yang mampu memberikan jaminan keselesaan dan keselamatan terhadap anak anda nanti. Kes-kes seperti penderaan sering terpapar di dada-dada akhbar dan ini sangat membimbangkan terutamanya kepada ibu bapa.

Walau bagaimanapun, saya sangat mengesyorkan agar memilih TASKA sebagai pilihan tepat untuk penjagaan anak roshaizul nanti. Mungkin anda keliru, apa itu TASKA? Dan apa kaitannya dengan TADIKA, TABIKA, PASTI, KEMAS dan pusat-pusat asuhan yang lain.

Secara ringkasnya penubuhan TASKA adalah untuk meringankan beban para ibu bapa yang berpendapatan rendah dengan dikenakan yuran perkhidmatan yang rendah. Penubuhan TASKA juga bukanlah semata-mata sebagai pusat jagaan sahaja, malah TASKA juga
adalah pusat pendidikan awal untuk kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah.

Anda boleh dapatkan ebook Panduan Memilih Taska di sini.
http://tinyurl.com/pilihtaska1

Anda masih buntu?

Tidak mengapa, mungkin anda perlu mengambil masa untuk berfikir. Untuk makluman anda, saya telah menyediakan sebuah ebook berkenaan Panduan Memilih TASKA. Saya percaya panduan ini akan membantu anda dan pasangan dalam memilih TASKA manakah yang sesuai. Jangan berlengah, anda boleh dapatkan ebook Panduan Memilih Taska di sini.

http://tinyurl.com/pilihtaska1


p/s : Oh ya, jangan ambil remeh soal ini. Saya percaya anda mampu membuat pilihan demi anak-anak kelak. Jangan biarkan generasi anak-anak kita menjadi mangsa pusat penjagaan yang tidak bertanggungjawab.

Isnin, 9 Mei 2011

Jualan Borong Barut Bayi Kini Di Buka

Jualan borong barut bayi kini dibuka. Kami membuka jualan barut secara borong ini hanya kepada barut BR1 dan BR2. Bagi melihat macam mana rupa paras barut BR1 dan BR2, boleh tengok di sini.

Kami jual barut dalam bentuk set. 1 set = 5 helai barut.
Bagi jualan borong, harga bagi 1 set hanyalah RM18. Minimum order 10set. Boleh campur antara BR1 dan BR2 .




Untuk pertanyaan lanjut, jangan segan untuk hubungi Huda (019-9123166)

Stok i-Sense telah habis.

Buat sementara waktu, stok produk i-Sense kami telah habis. Namun, tempahan masih lagi diterima. Bagi menempah produk i-Sense, boleh terus hubungi Huda (019-9123 166). Segala kesulitan amatlah dikesali. Jika Puan/Cik tak tahu apa itu i-Sense, boleh pergi ke SINI.



Ahad, 8 Mei 2011

Kami Terima Dirham

Mulai hari ini, kami akan turut menerima dirham (apa-apa jenis, tak kisah) sebagai pertukaran kepada produk kami. Pada masa hadapan, jika ada  pihak keluarkan daniq dan 1/2dirham di Malaysia, kami turut akan menggunakkannya. Sebab, beberapa produk seperti barut, tidak berapa sesuai dijual dalam dirham, terutama jika ada pelanggan yang hendak membeli dalam kuantiti yang kecil.

Apa-apa pun, selamat bermuamalat dengan dinar dan dirham. Bagi maklumat lanjut mengenai pembelian produk kami menggunakan dirham, boleh terus hubungi Nizam (019-722 3166).





Bagi memahami mengenai dinar dan dirham sebagai matawang, boleh kunjungi FB Group ini.
Jika mahu membeli produk lain menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang, boleh kunjungi FB Group ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...