PRODUK KAMI

Siapa Kami



Nurulhuda Ismail. Berkelulusan Diploma Perakaunan dari UiTM. Bekerja siang hari sebagai pengurus di sebuah koperasi peruncitan yang terkemuka di Terengganu. Minat melancong dan menjahit. Tidak hairanlah beliau merupakan Pengurus Pengeluaran bagi Baby Needs Shop. Beliau juga merupakan Pengurus Besar Baby Needs Shop.

Roshaizul Nizam Mohd Sani. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Loji Kuasa) dan Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional) dari UTHM. Kini bertugas sebagai pengajar di sebuah politeknik di Pantai Timur. Minat membaca, menulis dan melayari internet. Kerana beliau seorang yang amat berjimat cermat dan sedikit kedekut, maka beliau adalah Pengurus Akaun bagi Baby Needs Shop. Selain itu beliau juga bertindak sebagai Pengurus Pemasaran dan Penjenamaan.

Walaupun sekadar separuh masa, Baby Needs Shop mempunyai kualiti setanding dengan sepenuh masa. Banyak masa di Baby Needs Shop dihabiskan untuk membuat kajian untuk setiap produk supaya ia memenuhi keperluan pelanggan. Prinsip kami adalah untuk menjual produk pada harga yang sangat berpatutan dengan kualiti produk yang dibeli. Kami lebih mengutamakan jualan yang banyak pada harga murah.

Dengan motto "Barang Bayi Tradisi, Macam Dulu-Dulu", kami berhasrat untuk meneruskan amalan tradisi Melayu dalam penjagaan bayi peringkat awal. Antaranya amalan berbarut, berbedung dan bertungku. Walaupun kelihatan ketinggalan zaman, kami percaya bahawa itu adalah yang terbaik. Bagi memastikan tradisi itu tidak luput, kami sentiasa menyuntik elemen inovasi dalam produk kami supaya ia kekal relevan.

Ingat motto kami ye,
Barang bayi tradisi, macam dulu-dulu!

2 ulasan:

  1. tungku baby tu ada expired date tk?

    BalasPadam
  2. Tak pasti berapa lama expied datenya. Tapi, kami ada guna sendir yang dibuat 2 tahun lepas. :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...