PRODUK KAMI

Selasa, 31 Ogos 2010

Anak Obes

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/07/11

pix_gal0
Gemuk melampau ancaman utama kanak-kanak di Malaysia, termasuk di luar bandar

BAYI yang gempal sering menjadi tumpuan kerana disifatkan sebagai comel. Namun, di sebalik kecomelan itu, sebenarnya terkandung bahaya jika bayi yang montel itu kekal gemuk dan seterusnya obesiti apabila dewasa.


Lebih membimbangkan, obesiti bukan masalah peribadi atau individu itu semata-mata tetapi turut menjejaskan pembangunan negara. Apalagi kanak-kanak yang berperanan sebagai generasi muda negara. Anak obes ini berdepan pelbagai risiko kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan tahap lemak dalam darah abnormal, penolakan insulin dan diabetes jenis dua, hati dan pundi kencing terjejas serta kemurungan.

Risiko Masalah lain yang turut menjejaskan kehidupan seharian mereka termasuk sering tercungap-cungap, gelisah atau masalah tidur, kelihatan lebih berusia atau lebih dewasa sebelum usia (kanak-kanak terlebih berat mungkin lebih tinggi atau cepat matang dari segi seksual berbanding rakan sebaya). Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka berhadapan masalah gangguan kitaran haid dan masalah kesuburan.

Di Malaysia, masalah itu tidak terkecuali apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiarkan’ obes akibat sikap ibu bapa yang tidak prihatin soal pemakanan anak-anak. Bayangkan, si kecil yang didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak pada usia awal lagi.

Kanak-kanak Melayu berusia 7 hingga 12 tahun misalnya, menjadi kumpulan terbesar atau 67 peratus yang bermasalah obesiti di Semenanjung Malaysia berbanding kumpulan etnik lain.
Hasil dua kajian oleh universiti tempatan menunjukkan 23 peratus kanak-kanak Cina dan 10 peratus kanak-kanak India mengalami masalah lebihan berat badan dalam lingkungan usia sama.

Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (Maso), Prof Dr Mohd Ismail Noor, menyifatkan hasil kajian penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2007/2008 itu sebagai membimbangkan kerana turut membabitkan kanak-kanak di luar bandar.

Beliau mendakwa perkembangan itu agak luar biasa kerana hanya ditemui di Malaysia dan tidak di kalangan kanak-kanak negara membangun yang lain.

“Obesiti menjadi ancaman utama kanak-kanak di Malaysia. Secara keseluruhan, masalah lebihan berat badan di kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun tahun meningkat 1.8 peratus iaitu kepada 12.8 peratus pada tahun 2007/2008 berbanding 11 peratus pada tahun 2001/2002.

“Malah, obesiti pula meningkat kepada empat peratus pada menjadi 13.7 peratus. Secara umumnya, kalau kita bandingkan dengan kajian pada 2001 iaitu seorang bagi setiap lima kanak-kanak mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes, kajian pada 2009 itu pula menyaksikan masalah itu dialami seorang bagi setiap empat kanak kanak,” katanya.

Jelasnya, walaupun kebanyakan kanak-kanak yang obes dan mengalami masalah lebihan berat badan berada di kawasan bandar namun peningkatan jumlah kanak-kanak luar bandar semakin membimbangkan.

Misalnya, sekitar 47 peratus kanak-kanak luar bandar di negeri Pantai Timur dikategorikan sebagai obes berbanding 53 peratus kanak-kanak bandar. Sebanyak 43 peratus kanak-kanak luar bandar di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor adalah obes berbanding 56 peratus kanak-kanak di kawasan bandar.

Di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, 42.6 peratus kanak-kanak di kawasan luar bandar mengalami masalah obes dan lebihan berat badan berbanding 57.4 peratus kanak-kanak di kawasan bandar.

Prof Ismail berkata, jika tidak ditangani segera, perkembangan ini boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak itu dan juga pembangunan negara.

“Gejala pelik ini perlu ditangani sebaik-baiknya kerana kanak-kanak yang obes pada waktu kecilnya memiliki kecenderungan untuk kekal obes apabila dewasa. Obesiti dan masalah lebihan berat badan seperti yang kita tahu membawa kepada pelbagai implikasi kesihatan seperti masalah jantung,” katanya.

INFO: Tangani obesiti si kecil



  • Seawal usia kehamilan hingga setahun
    Susu ibu bantu cegah masalah berat badan dan bayi yang menyusu lebih berupaya kawal pengambilan makanan.




  • Usia dua ke enam tahun
    Sesuai memulakan tabiat pemakanan yang baik. Bantu anak membentuk pemilihan makanan dengan pengenalan kepada pelbagai jenis makanan yang sihat. Galakkan juga mereka untuk aktif bersukan.




  • Usia 7- 12 tahun
    Galakkan mereka dengan aktiviti fizikal. Jika tidak menyepak bola di padang, berjalan-jalan atau bermain di laman sudah memadai.




  • Usia 13 ke 17
    Remaja gemarkan makanan ringan dan segera. Namun, hadkan kepada tiga bulan sekali, andai mereka benar-benar mahukannya. Didik mereka hargai makanan sihat selain babitkan mereka dalam usaha menyediakan makanan sihat bersama-sama di rumah.




  • Kurangkan masa menonton televisyen, komputer atau bermain komputer. Jangan biasakan mereka makan sambil menonton televisyen.



  • Isnin, 30 Ogos 2010

    Kenali pemakanan latih anak berpuasa

    MELATIH si kecil berpuasa juga bermaksud memastikan mereka mendapat makanan yang seimbang dan sihat. Selain memberi kesihatan yang baik kepada mereka, pemakanan seimbang adalah sumber tenaga untuk mereka mengharung sepanjang hari berpuasa. Paling penting, pengambilan makanan perlu berpandukan piramid makanan.
    Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Norlaily Md Nasir berkata, ibu bapa perlu memastikan pengambilan makanan anak-anak mereka seimbang, sihat dan tidak berlebihan. Sebagai contoh, ketika waktu bersahur sediakan makanan kaya serat seperti nasi, mi, roti, bijirin yang mana makanan seperti ini membantu melambatkan proses lapar. "Penting juga untuk pastikan makanan yang diambil itu kurang lemak, kurang berminyak dan kurang gula. Begitu juga dengan waktu berbuka. Jangan sesekali melatih anak-anak memulakan buka dengan makanan atau minuman manis. Sebaliknya, amalkan seperti sunnah Rasulullah dengan memakan kurma. Kurma kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak,"katanya.

    Jelas Norlaily, walaupun berdasarkan syarat wajib berpuasa mengariskan seseorang yang sudah mencapai akil baligh, namun mengajar anak kecil didikan asas dalam mengerjakan ibadah ini sangat dialu-alukan. Justeru, dalam memastikan mereka mendapat bekalan tenaga yang cukup dan berasa selesa sepanjang berpuasa, pastikan menu makanan mereka adalah makanan kaya serat ketika berbuka dan sahur.

    Bagaimanapun, tidak digalakkan untuk anda memberi makanan tambahan kepada anak-anak ini terutama semasa berpuasa.

    "Ada sebilangan ibu bapa yang percaya, makanan tambahan membantu pola pemakanan sihat anak-anak. Sebenarnya, pemakanan yang sihat dan seimbang adalah daripada makanan yang anak-anak ambil setiap hari,"

    "Justeru, pastikan mereka dibekalkan dengan kesemua nutrisi yang diperlukan seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan mereka. Makanan tambahan pula hanya membekalkan nutrien-nutrien tertentu sahaja. Jadi sekiranya ia diambil secara berlebihan dan tidak teratur, ia akan hanya menyebabkan toksik di dalam badan,"katanya.

    Norlaily berkata, apa yang penting pelbagaikan jenis makanan anak-anak anda bagi memastikan tubuh badan mereka mendapat apa yang diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak terutamanya dalam menjalani ibadah puasa. Apatah lagi, makanan tambahan umumnya hanya perlu diambil oleh kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan dan atas nasihat doktor atau pakar pemakanan.

    Ada kala, soal pemakanan walaupun nampak remeh tetapi memeningkan kepala ibu bapa. Ini disebabkan ada sesetengah kanak-kanak tidak suka makan terutama nasi. Selain nasi sebagai makanan ruji, nasi juga sebenarnya pemberi tenaga. Justeru, jika anak tidak gemar makan nasi, gantikan dengan makanan jenis yang sama berdasarkan piramid makanan. Misalnya, mi, mihun, pasta, roti dan bijirin.

    Makanan jenis ini juga kaya serat dan melambatkan proses lapar.
    tamat

    INFO: Tip menu Ramadan untuk kanak-kanak:




  • Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh menambahkan selera anak-anak.



  • Masak juadah kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dulu makanan ingin dimakan ketika bersahur.



  • Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat jemu dengan masakan sama setiap hari.



  • Sediakan masakan berkuah seperti sup yang lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.



  • Elak masakan pedas dan berempah yang boleh sebabkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa.



  • Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu bersahur.

    Menu sahur:




  • 2 biji kurma (mulakan dengan saiz sederhana)



  • 1 cawan nasi goreng cina (menarikkan dengan menambah sayur campur di dalam nasi goreng)



  • 1 gelas air masak / 1 gelas air susu

    Menu berbuka:




  • 2 biji kurma (mulakan dengan saiz sederhana)



  • 1 cawan nasi putih



  • 1/2 ekor ikan (saiz sederhana) masak kicap



  • 2 sudu makan sayur sawi goreng



  • 1 gelas air masak



  • Sehiris buah
  • Ahad, 29 Ogos 2010

    Katalog Baju Bayi Ogos 2010

    Bersempena dengan produk baru kami >>> pakaian bayi dan kanak-kanak, kami menyediakan suatu katalog khusus untuknya. Jadi, jangan segan untuk download katolog tersebut melalui link di bawah. :-)

    Sabtu, 28 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | OSHKOSH I LOVE MUM & DAD

    Oshkosh I Love Mum Girl
    Saiz: 2T, 3T, 4T, 5T

    Oshkosh I Love Dad Girl
    Saiz: 2T, 3T, 4T, 5T

    Oshkosh I Love Mum Boy
    Saiz: 2T, 3T, 4T, 5T

     Oshkosh I Love Dad Boy
    Saiz: 2T, 3T, 4T, 5T

    Harga:
    1 Helai = RM17
    2 Helai = RM32

    Untuk lebih pilihan pakaian bayi dan kanak-kanak, KLIK SINI

    Jumaat, 27 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | BUSHA LEGGING

    Busha Legging Boy
    Saiz: 6-12 bulan

    Busha Legging Girl
    Saiz: 12-18 bulan

    Harga:
    RM14

    Untuk lebih pilihan pakaian bayi dan kanak-kanak, KLIK SINI!!!

    Khamis, 26 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | BABY GAP & JUMING BEANS T-SHIRT

    Baby Gap Boy T-shirt Surf 89 Instructor
    Saiz: 18-24 bulan

    Baby Gap Dirl T-shirt Here Come Sun Shine
    Saiz: 4T

    Jumping Beans Boy T-shirt American Hero
    Saiz: 2T

    Jumping Beans Boy T-shirt Guitar
    Saiz: 2T
    Harga:
    RM 23

    Lihat juga DI SINI untuk melihat koleksi pakaian yang lain!

    Rabu, 25 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | KNEE PAD

    Knee Pad untuk bayi baru merangkak
    Free saiz

    Harga:
    RM6
    SOLD OUT

    Lihat pakaian bayi dan kanak-kanak yang lain DI SINI

    Selasa, 24 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | BABY GAP PYJAMA

    Baby Gap Pyjama Hug Me
    Saiz: 18-24 bulan, 2T, 3T, 4T, 5T


    Baby Gap Pyjama Beach Babes
    Saiz: 12-18 bulan, 18-24 bulan, 2T, 3T, 4T, 5T


    Baby Gap Pyjama Daddy Little All Star
    Saiz: 2T, 5T

    Baby Gap Pyjama Lady Bug
    Saiz: 4T, 5T

    Harga:
    1 Helai = RM28
    2 Helai = RM55

    Untuk lebih pilihan pakaian bayi dan kanak-kanak, KLIK SINI

    Isnin, 23 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | CARTER'S GIRL SET

    Carter's Girl Set (Pink)
    Saiz: 9 Bulan

    Carter's Girl Set (Blue)
    Saiz: 9 Bulan

    Harga:
    RM40

    Lagi pakaian bayi dan kanak-kanak, KLIK SINI

    Ahad, 22 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | SKIRT LEGGING

    Mickey Skirt Legging
    Saiz: M

    Beast Skirt Legging
    Saiz: L, M dan S

    Harga:
    RM22

    Untuk lebih banyak pilihan pakaian bayi dan kanak-kanak, KLIK SINI

    Sabtu, 21 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | CARTOON NETWORK BEN 10




    Cartoon Network - Ben 10 - Black shirt white pants
    Saiz: M


    Cartoon Network - Ben 10 - White shirt black pants
    Saiz: S, M, dan L

    Harga:
    RM18

    Lagi baju bayi dan kanak-kanak, KLIK SINI!

    Jumaat, 20 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | RALPH LAUREN PINKY STRIPE BABY DRESS

    Ralph Lauren - Pinky Stripe Baby Dress
    Saiz: 18 bulan

    Harga:
    RM34
    KLIK SINI untuk lebih koleksi pakaian bayi dan kanak-kanak.

    Khamis, 19 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | NEXT BABY UNISEX OVERALL

    Next Baby - Unisex Overall
    Saiz: 12 bulan
    SOLD!!!
    Harga
    RM30

    Lagi pakaian bayi dan kanak-kanak, KLIK DI SINI

    Rabu, 18 Ogos 2010

    Produk Baru | Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | BABY GAP ROMPERS



    Baby Gap – Rompers – Snake Smile
    Saiz: 6-12 bulan. 12-18 bulan, 18-24 bulan. 

    Baby Gap – Rompers – Small Fry
    Saiz: 6-12 bulan. 12-18 bulan, 18-24 bulan. 

    Harga:
    1 helai = RM22
    2 helai = RM42


    Untuk lebih pilihan pakaian bayi dan kanak-kanak, KLIK SINI

    Jumaat, 13 Ogos 2010

    Katalog Ogos 2010

    Yeah! Katalog baru produk blog Ibu dan Anak sudah siap. Jangan segan untuk download katalog di bawah ini. Beberapa produk seperti bedung bayi, barut bayi dan bantal bayi telah di beri penyusunan baru. Nantikan juga produk baru kami iaitu pakaian bayi dan kanak-kanak serta foot detox patch pada bulan akan datang!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...