PRODUK KAMI

Ahad, 31 Oktober 2010

4 Cara Membina Hubungan

Hari ini saya ingin berkongsikan 4 cara membina hubungan mesra dengan anak-anak anda.

--------------------------------------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda.
--------------------------------------------
Sentiasa peluk dan cium anak anda sejak kecil lagi. Ia akan membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak anda. Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak anda. Anak anda akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan dari anda. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang
antara anda dan anak anda.

--------------------------------------------
Simpan rahsia anak anda.
--------------------------------------------
Kadang-kadang anak anda ingin perhatian dari anda dan mereka akan menceritakan sesuatu yang peribadi kepada anda seperti teman wanita atau lelaki idaman mereka, atau mungkin juga masalah rakan-rakan. Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda, mereka sebenarnya mahukan anda rahsiakannya dari adik beradik yang lain. Maka, eloklah anda rahsiakannya.



--------------------------------------------
Jangan mengutuk kelemahan anak anda.
--------------------------------------------
Jangan banding-bandingkan antara anak anda dengan anak anda yang lain. Jangan juga bandingkan antara anak anda dengan kanak-kanak yang lain. Anak-anak menganggap anda adalah pelindung besar mereka. Jika anda mula tidak menyokong mereka, anda akan hilang hormat dari mereka.

--------------------------------------------
Beri perhatian jika anak-anak bercakap dengan anda.
--------------------------------------------
Pastikan anda melihat mata anak anda ketika anda berkata dengan mereka. Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap kali anda mendengar aduan dari mereka, mereka akan semakin rapat dengan anda.


Sekian, semoga tips hari ini dapat membantu anda mengeratkan lagi hubungan anda dengan anak-anak anda.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Jaga Kelakuan Anda..

Tahukah anda? Anak-anak sentiasa menganggap tindakan yang di lakukan oleh ibu-bapa adalah yang terbaik dan betul.

Mereka akan sentiasa terikut-iktut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Oleh itu jagalah kelakuan anda kerana ia amat penting dalam mendidik anak-anak anda.

Jika anda perhatikan kebanyakan ibu bapa dan mungkin anda sendiri, akan melakukan perkara yang sama apa yang ibu bapa anda lakukan pada anda.

Ketika kecil anda mungkin akan di rotan kerana melakukan kesalahan. Ibu bapa anda juga mungkin seorang yang tegas, baik dan bijak.

Namun, lebih elok jika anda mendidik anak anda, dengan cara yang tersendiri. Ini kerana anda lebih mengenali anak anda berbanding orang lain.



Sejak anak anda kecil, mereka akan sentiasa mengikuti apa yang anda lakukan. Cara anda bercakap, cara anda menyelesaikan sesuatu masalah, cara anda bercakap dengan ibu bapa anda.

Semuanya mereka akan jadikan sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, sentiasalah menjaga kelakuan anda di hadapan anak-anak anda.

Kelakuan & tingkah laku anda, adalah merupakan sumber pembelajaran utama bagi anak-anak anda.

Khamis, 28 Oktober 2010

4 Kategori Ibu Bapa

Baiklah, hari ini saya ingin memberikan tips mengenai jenis-jenis ibu-bapa, mungkin anda boleh semak-semak diri anda, anda berada di kategori yang mana satu.. :)

----------------------------
#1: Tidak peduli.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak yang berperangai liar.

----------------------------
#2: Tegas
----------------------------
Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka. Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu di ikuti oleh anak-anak mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang di peruntukkan oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.



----------------------------
#3: Manja.
----------------------------
Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka.

----------------------------
#4: Seimbang.
----------------------------
Ini adalah golongan ibu bapa yang ideal. Mereka tidak terlalu garang dan juga tidak terlalu memberi ruang kepada anak-anak mereka. Kebanyakan manusia genius di dunia membesar dengan keluarga sebegini. Ibu bapa dalam golongan seperti memahami apa yang anak mereka mahukan. Keluarga mereka adalah keluarga bahagia.


Kadang-kadang kita terlalu terikut-ikut dengan gaya ibu bapa kita semasa kecil. Kita juga terlalu terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Namun, semuanya bergantung kepada kita. Anak akan jadi yang terbaik, jika didikan kita betul.

Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.

Rabu, 27 Oktober 2010

Sarung Bantal Corak Biru Kotak Terpaksa Ditarik Keluar

Atas nasihat kawan-kawan dan pelanggan setia kami, sarung bantal corak "Biru Kotak" ditarik keluar dari ditawarkan secara percuma. Ini kerana, kami mendapat maklum balas yang mengatakan corak tersebut kelihatan tidak menarik.


Namun, kain corak di atas akan digunakan untuk membuat kulit luar bantal. :-)

Bagi melihat corak sarung bantal bayi yang lain, boleh klik DI SINI
Bagi melihat corak sarung bantal kekabu pula, boleh klik DI SINI

Bagi makluman semua, sarung bantal adalah PERCUMA bagi setiap pembelian bantal dari Baby Needs Shop.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sarung Bantal Kekabu Bayi Yang Terbaru!!!

Salam semua pelawat  Baby Needs Shop. Memandangkan modal pusingan kami semakin membesar, kami kini menawarkan lebih pilihan untuk sarung bantal PERCUMA!!!

Kali ini, ada empat corak sarung bantal PERCUMA baru yang boleh anda pilih.









Selain dari empat corak baru di atas, ada lagi  8 corak sarung bantal percuma yang boleh anda pilih. Untuk melihatnya, jom klik DI SINI

Isnin, 25 Oktober 2010

Corak Bedung Terkini!!!

Atas permintaan beberapa orang pelanggan yang gemar dengan saiz bedung BD3 yang besar, kami telah menambah beberapa corak lagi untuk kepuasan pelanggan kami semua.

Bagi pengetahuan pembaca blog ini, lampin bedung BD3 mempunyai saiz lebih kurang 100x100cm. Tidaklah tepat 100x100cm, tapi dalam lingkungan tu la. Kadang-kadang kurang jadi 98cm, kadang-kadang lebih jadi 106cm. :-)

Berikut, adalah corak lampin bedung BD3 yang terkini.






Bagi melihat corak bedung kami yang lain, anda boleh tengok DI SINI!!!

Ahad, 24 Oktober 2010

Produk Baru: Foot Detox Patch

Kami berjaya menambah satu lagi koleksi jualan di blog kami iaitu FOOT DETOX PATCH.

Kalau anda sering rasa keletihan dan lesu, anda boleh mencuba FOOT DETOX PATCH ni.

Tak nak cerita panjang-panjang, kalau rasa berminat nak tahu lebih lanjut pasal FOOT DETOX PATCH ni, jom klik DI SINI!!!

p/s: Stok terhad ni!
p/s/s: Tapi, FOOT DETOX PATCH ni tak boleh dipakai oleh ibu mengandung dan ibu sedang menyusu...:-(

Jumaat, 22 Oktober 2010

Stok Ben10 Sudah Habis

Ramai rupanya peminat Ben 10 di luar sana. Hingga ada seorang pelanggan tu kata anak dia tak akan pakai baju lain selain dari baju Ben 10. Kiranya anak beliau adalah peminat Ben 10 yang sejati!



Tapi, kami ada lagi stok baju budak yang cantik. Jom KE SINI!

Khamis, 21 Oktober 2010

Stok bedung corak "Teddy Bear Kuning" dan "Botol Susu Biru" telah kembali!!!

Terima kasih kerana menyokong BabyNeedsShop! Sebelum ini, stok bedung bayi bercorak "Teddy Bear Kuning" dan "Botol Susu Biru" telah kehabisan. Nasib baik ada stok dari pembekal, jadi adalah stok untuk anda!






Bagi melihat stok bedung/lampin bayi yang lain jom klik SINI!!!

Rabu, 20 Oktober 2010

Sarung Bantal Dewasa Percuma!!!

Sebelum ini, kami menawarkan sarung bantal percuma kepada pembeli yang membeli bantal untuk bayi.

Merasakan tawaran itu ternyata memuaskan hati pelanggan, kami memutuskan untuk menawarkan juga sarung bantal percuma kepada bakal pembeli bantal kekabu untuk dewasa. Corak sarung bantal untuk peringkat permulaan ini adalah seperti berikut:-






Bagi keterangan lanjut, anda boleh tengok DI SINI.

Isnin, 18 Oktober 2010

Corak Kartun Biru Sudah Habis.

Alhamdullilah, produk bedung makin laku. Ini menyebabkan ada corak yang telah habis. Maaf diucapkan. Tapi, ada banyak lagi corak dan warna untuk dipilih DI SINI

Ahad, 17 Oktober 2010

Katalog Oktober 2010

Katalog Baby Needs Shop untuk bulan Oktober 2010 telah siap.

Banyak corak dan warna baru bagi bedung dan barut kami.

Bantal kekabu bayi juga kami telah masukkan beberapa corak sarung bantal PERCUMA.

Tambah menarik, untuk bantal kekabu dewasa, kami juga telah menyediakan pilihan sarung bantal PERCUMA yang cantik!

Seperti yang dijanjikan dalam katalog yang lepas, kami kini turut menjual Foot Detox Patch.

Jadi, apalagi, download katalog kami, dan sebarkan pada kawan-kawan. Hehehehehe

Sabtu, 16 Oktober 2010

Stok Kekabu Asli Semakin Sudah Bertambah

Selepas raya, banyak stok kami yang telah kehabisan. Tak tahu kenapa, ramai juga yang memesan produk kami seperti barut, bedung/lampin dan bantal bayi semasa hari raya makin hampir. Hal tersebut menyebabkan stok kami terutamanya kekabu telah kehabisan.

Tetapi, kami kini mempunyai stok kekabu sebanyak 10kg++. Susah juga sebenarnya untuk mendapatkan kekabu asli gred A di Terengganu. Tak ramai orang yang rajin untuk memproses kekabu.

Jadi, jangan bertangguh untuk mendapatkan bantal bayi kami!!!

Jumaat, 15 Oktober 2010

Bedung corak "Teddy Bear Kuning" dan "Botol Susu Biru" telah kehabisan!



Tak sangka bedung corak "Teddy Bear Kuning" dan "Botol Susu Biru" laku. Corak baru tu. Ingat nak cuba pasaran je. Tak sangka mendapat sambutan hangat. Nampaknya, kena beli ambil stok lebih banyak!

Khamis, 14 Oktober 2010

Sarung Bantal Spongebob Kembali!!!

Atas permintaan ramai, kami berjaya mendapatkan stok baru untuk sarung bantal PERCUMA Spongebob hijau. Ya, sarung bantal itu percuma setiap pembelian bantal kekabu bayi yang kami buat sendiri, khas untuk anda. Bukan hanya corak Spongebob, anda boleh memilih lebih setengah dozen corak untuk sarung bantal percuma. Jadi, apalagi, tempah bantal kekabu untuk bayi anda sekarang!

Selasa, 12 Oktober 2010

Stok Baru, Corak Baru dan Warna Baru Bedung Bayi Bagi Bulan Oktober

Seperti mana tajuk.

Stok baru
Corak baru
Warna baru

Semua baru bagi bedung/lampin bayi untuk koleksi bulan Oktober 2010 kami. Antara corak dan warna baru kami...




Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan koleksi bedung/lampin bayi kami DI SINI!!! Pasti puas hati!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...