PRODUK KAMI

Isnin, 26 Julai 2010

1001



















Akhirnya, sudah 1001 orang melawat blog Ibu dan Anak ni. Terima kasih kepada semua pembeli, follower dan pengunjung. Sokongan anda amat saya hargai. :-)

Ahad, 25 Julai 2010

Barut Bayi dan Lampin Bedung | Stock Update

Saya baru sahaja selesai mengemaskini stok barut bayi dan lampin bedung. Ada beberapa warna yang terpaksa ksaya keluarkan dari senarai kerana ia tidak dijual lagi di kedai!!! Hehehehe

Dalam masa terdekat ini juga, saya akan memasukkan beberapa corak, warna dan pakej baru untuk barut bayi dan lampin bedung. Tunggu....

Apa-apa pun, puan-puan boleh tengok barut bayi dan lampin bedung kami pada link di bawah:

Barut bayi >>> http://babyneedsshop.blogspot.com/p/bekung-baby.html
Lampin bedung >>> http://babyneedsshop.blogspot.com/p/bekung.html

Jumaat, 23 Julai 2010

Produk Baru | Barut Bayi Merah Dwi-Lapisan - Kod BR4

Produk terbaru dari BabyNeedsShop!

Barut bayi rekaan terbaru kami. Menampilkan rekabentuk kontra pada lapisan dalam dan lapisan luar. Warna merah jambu di bahagian dalam barut bayi, dan warna merah bercorak kartun di bahagian luar barut.

Seperti barut bayi kami yang sebelum ini, ia diperbuat dari kain cotton flanel.

Harga yang ditawarkan hanya RM15 untuk dua helai. Ya, RM15 sahaja.

Tapi, untuk tempoh terhad, harganya hanya RM13 sahaja!!!  
Tempah Sekarang!!!



Cara Pembelian

1) SMS (019-9123166) kepada saya (Huda), untuk tempahan.
2) Selepas saya terima tempahan, saya akan buat bantal ini dahulu.
3) Selepas bantal siap, saya akan SMS jumlah bayaran.
4) Kemudian, anda buat bayaran ke bank berikut

No Akaun: 163082078359
Nama: Roshaizul Nizam Bin Mohd Sani
Emel: roshaizul(at)gmail(dot)com




 

No Akaun: 13020111466524
Nama: Nurulhuda Binti Ismail
Emel: nurul_ismail85(at)yahoo(dot)com
Klik Sini Untuk Ke CIMB Clicks


5) Selepas bayaran dibuat, SMS (019-9123166) kepada saya jumlah, tarikh dan masa bayaran yang dilakukan beserta NAMA PENUH dan ALAMAT untuk di pos.
6) Kemudian saya akan poskan (Ahad-Khamis) barang kepada alamat yang di berikan mengunakan pos laju.

*Jika anda ingin cara pembayaran yang lain, jangan segan untuk hubungi saya di talian 019-9123166 (Huda)

Jika puan ingin lihat produk barut bayi kami yang lain, jon klik DI SINI

Rabu, 21 Julai 2010

Katalog Julai 2010

Pening nak ronda-ronda blog ni? Apa kata download katalog kami untuk bulan Julai 2010. Download link ada di bawah. :-)

Selasa, 20 Julai 2010

Produk Baru | Bantal Kekabu




Bantal kekabu 2 biji
Berat sebiji 1.5kg
Harga hanya RM65
Kos pos parcel RM10
Jumlah = RM75

Saya menggunakan kekabu yang berkualiti tinggi dari Terengganu.
Bantal juga saya jahit sendiri.
Sarung bantal tidak disediakan.
Bantal ini kena order dulu, baru saya akan buat. :-)
Corak bantal tidak semestinya seperti dalam gambar. :p



Cara Pembelian

1) SMS (019-9123166) kepada saya (Huda), untuk tempahan.
2) Selepas saya terima tempahan, saya akan buat bantal ini dahulu.
3) Selepas bantal siap, saya akan SMS jumlah bayaran.
4) Kemudian, anda buat bayaran ke bank berikut

No Akaun: 163082078359
Nama: Roshaizul Nizam Bin Mohd Sani
Emel: roshaizul(at)gmail(dot)com




No Akaun: 13020111466524
Nama: Nurulhuda Binti Ismail
Emel: nurul_ismail85(at)yahoo(dot)com
Klik Sini Untuk Ke CIMB Clicks


5) Selepas bayaran dibuat, SMS (019-9123166) kepada saya jumlah, tarikh dan masa bayaran yang dilakukan beserta NAMA PENUH dan ALAMAT untuk di pos.
6) Kemudian saya akan poskan (Ahad-Khamis) barang kepada alamat yang di berikan mengunakan pos laju.

*Jika anda ingin cara pembayaran yang lain, jangan segan untuk hubungi saya di talian 019-9123166 (Huda)
Jika anda ingin bantal kekabu untuk bayi anda, sila lihat DI SINI

Jumaat, 9 Julai 2010

Gigi perlu di jaga seawal bayi lagi

cahayamata

BARISAN gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya bermula sejak bayi. Justeru, penjagaan gigi seharusnya dibuat sejak bayi berusia enam bulan.

gigi

Pakar Pergigian dari Klinik Pergigian Dr Halina, Dr Halina Haron, berkata kebanyakan ibu bapa memandang remeh cara dan tahap penjagaan gigi anak mereka. Justeru, katanya tidak hairan apabila gigi susu yang sepatutnya mula longgar pada usia enam tahun mengalami kerosakan dan terpaksa dicabut seawal usia tiga tahun.

“Pembentukan gigi bayi sebenarnya bermula di peringkat janin. Oleh itu, pengambilan makanan ibu terutama kalsium ketika hamil sangat penting kerana ia mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri,” katanya.

Dr Halina berkata, adalah satu mitos apabila ibu mempercayai setiap kali hamil, mereka akan kehilangan sebatang gigi atau gigi reput. Ini tidak benar jika ibu mengamalkan pengambilan makanan yang betul dan makanan tambahan yang disarankan oleh doktor.

“Satu lagi yang perlu diberi perhatian, penjagaan gigi kanak-kanak bermula dengan sikap ibu bapa sendiri. Biasakan selepas bayi selesai menyusu, lapkan batas gusinya menggunakan tuala basah dengan lembut,” katanya.

Katanya, langkah mengeringkan batas gusi bertujuan mengelakkan sisa susu tertinggal di dalam mulut yang kemudian akan berlendir dan mengembang.

“Apabila bayi dibiasakan dengan tabiat penjagaan gigi sejak kecil, dia akan berasa selesa dengan keadaan itu dan penjagaan gigi akan menjadi habit.

“Gigi kekal yang kita miliki hari ini bermula dengan perjalanan yang sangat panjang. Ia bermula dengan gigi susu yang tumbuh pada usia enam bulan dengan dua batang gigi hadapan di bahagian rahang bawah,” katanya.

Beliau berkata, set gigi susu yang lengkap hanya akan muncul apabila bayi mencecah usia dua tahun setengah atau kurang daripada itu.

Pada ketika usia kanak-kanak mencecah tiga tahun, ibu bapa boleh memperkenalkannya dengan berus dan ubat gigi kanak-kanak. Tetapi pastikan ibu bapa yang menggosok gigi anak tidak membiarkan anak melakukannya sendiri bagi memastikan gigi digosok dengan baik dan anak tidak tertelan ubat gigi.

“Jangan ambil mudah penjagaan gigi susu walaupun akan digantikan dengan gigi kekal. Ini disebabkan gigi susu bertindak sebagai ‘reversed spot’ untuk gigi kekal.

“Perlu disedari di bawah setiap batang gigi susu ada gigi kekal yang akan tumbuh mengikut masa yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata, penjagaan gigi susu penting supaya tidak rosak atau perlu dicabut terlalu awal kerana akan menyukarkan gigi kekal untuk tumbuh dengan baik.

“Misalnya gigi geraham kekal hanya akan tumbuh pada usia 11 tahun. Jika gigi susu geraham rosak dan perlu dicabut pada usia tiga tahun, kawasan itu akan kosong sehingga usia kanak-kanak mencecah 11 tahun.

“Apabila gigi itu tumbuh tanpa panduan gigi susu geraham, ia tidak akan tumbuh dengan kedudukan yang baik. Mungkin senget, terkena pipi dan tidak tersusun.

“Kedudukan gigi yang lintang pukang membuatkan gigi kelihatan tidak cantik dan memerlukan bantuan pendakap gigi,” katanya.

Beliau berkata, setiap gigi ada jadual pertumbuhan yang berbeza dimulai dengan gigi hadapan sebelum gigi di bahagian lain. Justeru, amat penting ibu bapa mengajar anak mengenai penjagaan gigi sejak kecil.

Katanya, ajar mereka menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan ibu bapa juga menjaga gigi dan jika boleh lakukannya bersama anak mereka,” katanya.

Mengapa masalah gigi berlaku?

a) Pembersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kewujudan plak atau lendir selaput gigi yang menyebabkan gigi cepat rosak. Justeru, pembersihan efektif dan teknik yang betul sangat diperlukan.

b) Rampant cariers (kerosakan gigi menyeluruh)

Kerosakan gigi susu yang menyeluruh dan reput disebabkan tiadanya tabiat menggosok gigi sejak kecil. Ini ditambah pula dengan tabiat memakan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula tetapi tidak pula membersihkan gigi selepas makan.

c) Menghisap puting, susu botol atau menghisap jari. Pastikan kanak-kanak tidak menghisap puting atau menghisap jari. Tabiat ini akan mengganggu pembentukan tulang rahang dan boleh menyebabkan giginya jongang. Jika anak menghisap susu botol, pastikan dia puting susu dijauhkan dari mulut ketika dia tidur.

Panduan untuk ibu bapa

a) Seawal usia dua setengah tahun, bawa anak berjumpa doktor gigi walaupun dia tidak berhadapan dengan masalah gigi. Jangan tunggu sehingga giginya sakit kerana ia akan meninggalkan ‘pengalaman ngeri’ terhadap doktor gigi. Lawatan pertama tanpa kerosakan akan membuatkan dia suka dan menyenangi doktor gigi.

Lawatan ini cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan dia duduk di kerusi rawatan tanpa sebarang prasangka. Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk rawatan ‘fissure sealant’ sejenis tampalan pencegahan di permukaan gigi yang berlekuk supaya makanan tidak terkumpul di situ. Lawatan ketiga lebih kepada membaiki kerosakan gigi jika ada.

b) Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai ‘family outing’. Kanak-kanak cenderung untuk meniru sikap ibu bapa. Rasa gerun dan gentar pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya.

c) Jika anak menikmati makanan manis, ajar dia bersihkan gigi selepas itu atau kurangkan pengambilan makanan manis.

d) Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula jika ada. Jika tidak, berikan dia air kosong selepas mengambil ubat dalam usaha membersihkan gula yang mungkin terlekat di celah-celah gigi.

e) Ajar anak pilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberi selepas waktu makan (mealtimes) dan bukan antara waktu makan. Air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan dan menaturalkan gula dalam mulut.

Pautan dari:

http://permatahati.wordpress.com

Khamis, 8 Julai 2010

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin?

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita. Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

Sumber:

* When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
* Labor Signs, webmd.com
* Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Rabu, 7 Julai 2010

Diapers Dan Penjagaan Kebersihan

1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).

3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.

4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.

5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

Sumber dipetik dari : "Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002.

Selasa, 6 Julai 2010

Ruam Lampin

BAGAIMANA BERLAKU?

Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah:
Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.
Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.

SIMPTOM

Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:

* Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
* Kulit berasa kasar dan gatal.
* Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air).

Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk.
Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah.

PENCEGAHAN

Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.

RAWATAN

Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
(credit to berundu laut, S.Alam)

Sekiranya anak kita jenis kulit sensitif, mudah terkena ruam saya sarankan agar menggunakan diaper ichiban yang dreka khas untuk bayi berkulit sensitif

Isnin, 5 Julai 2010

Petua urut bayi kita

1-Jangan mengurut ketika bayi lapar atau lampinnya basah. Jangan sesekali ketika dia demam atau mempunyai luka dan penyakit kulit yang tidak boleh disentuh.

2- Bayi tidak suka sentuhan yang terlampau lembut kerana mereka akan berasa seperti digeletek. Untuk mengurut dengan berkesan, tekankan sedikit jari anda ke bahagian yang diurut.

3- Ingatlah mengurut bayi adalah untuk menggembirakan dan memberi keselesaan untuk anda dan bayi anda.

4- Bayi anda akan terhibur apabila dia nampak ceria, mengangkat-angkat kepala memandang ke mata anda, bercakap-cakap, tersenyum dan ketawa.

5- Berhentilah mengurut jika anda sudah penat atau bayi kelihatan bosan seperti menguap, menghisap mulut atau jarinya (kerana lapar), merengek, meronta-ronta, menangis dan memandang ke arah lain atau menarik tangan dan kakinya seperti hendak lari ke tempat lain.

6- Cari tempat yang selesa, tidak terlampau panas atau sejuk.

7- Tidak ada had masa. Anda boleh mengurut bayi anda selama mana yang dia suka.

8- Cari masa yang sesuai - jangan mengurut selepas anak anda makan.

9- Pandanglah matanya sewaktu mengurut.

10- Berbualah dengan bayi anda ketika mengurut

11- Anda boleh mengurut mengikut cita rasa dan keinginan anda sendiri seperti mengurut kakinya dahulu dan bawah ke atas.

Pautan dari:

http://petua-kahwin.blogspot.com

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

Pautan dari:

http://www.kesihatan.biz

Terima Kasih Ibu Aina!!!

Ibu Aina http://atonleethium-sempoilife.blogspot.com/ merupakan antara pelanggan kami yang awal. Terima kasih ye kak kerana menyokong kami!

Menariknya, Ibu Aina siap buat satu post khas mengenai blog ini dan produk yang dipesan dari blog ini. Anda boleh melihat post tersebut di sini.

Ahad, 4 Julai 2010

Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...