PRODUK KAMI

Isnin, 31 Mei 2010

ASMA TIADA UBAT, PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.

2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.

3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.

4. Pewarna makanan.

5. Asap dan debu.

6. Debu/kutu rumah (house mite).

7. Senaman berlebihan.

8. Tekanan

9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.

10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.

11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda

Pautan Dari:
http://www.sabah.org.my

Sabtu, 29 Mei 2010

Pastikan Tidur Anak Anda Mencukupi

Sekarang ini manusia semakin kurang tidur. Kesibukan melampau menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur. Tidur adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan kerana ia akan memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.

Oleh itu, ajar anak anda untuk mendapat tidur yang cukup supaya mereka akan membesar dalam keadaan yang segar. Tidur yang cukup juga mengajar anak anda untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.

Masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan menjadikan anda segar dan sudah tentu anda akan menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Masa tidur untuk anak-anak anda adalah berbeza mengikut umur mereka.
Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:

Usia setahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur 10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari. Selebihnya anda perlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang. Ajar anak anda untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.

Teman anak anda ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur. Bagi anak kecil, temani ketika dia hendak tidur. Bagi remaja, jika mereka rasa tidak mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca sesuatu sebelum tidur.

Jumaat, 28 Mei 2010

4 Cara Membina Hubungan

Sentiasa peluk dan cium anak anda.

Sentiasa peluk dan cium anak anda sejak kecil lagi. Ia akanmembentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak anda.Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak anda.Anak anda akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungandari anda. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang
antara anda dan anak anda.

Simpan rahsia anak anda.

Kadang-kadang anak anda ingin perhatian dari anda dan mereka akan menceritakan sesuatu yang peribadi kepada anda seperti teman wanita atau lelaki idaman mereka, atau mungkin juga masalah rakan-rakan. Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda, mereka sebenarnya mahukan anda rahsiakannya dari adik beradik yang lain. Maka, eloklah anda rahsiakannya.

Jangan mengutuk kelemahan anak anda.

Jangan banding-bandingkan antara anak anda dengan anak anda yang lain. Jangan juga bandingkan antara anak anda dengan kanak-kanak yang lain. Anak-anak menganggap anda adalah pelindung besar mereka. Jika anda mula tidak menyokong mereka, anda akan hilang hormat dari mereka.

Beri perhatian jika anak-anak bercakap dengan anda.

Pastikan anda melihat mata anak anda ketika anda berkata dengan mereka. Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap kali anda mendengar aduan dari mereka, mereka akan semakin rapat dengan anda.

Pautan Dari:

http://petua-kahwin.blogspot.com/

Khamis, 27 Mei 2010

Keputihan Boleh Menyebabkan Keguguran

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Obstetrics and Gynecology membuktikan jangkitan bacteria yang menyebabkan keputihan boleh membawa kepada keguguran dan jangkitan pada bayi dalam kandungan.

Kajian ini dijalankan oleh Harald Leitich pada tahun 2003 (Am J Obstet Gynecol 2003;189:139-47.)

Jangkitan bacteria yang menyebabkan keputihan atau dikenali sebagai Bacteria Vaginosis amat berbahaya kepada ibu mengandung dan juga bayi dalam kandungan. Saya pasti tidak ramai yang benar-benar sedar mengenai hal ini.

Diakhir kajian tersebut, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa jangkitan Bacteria Vaginosis pada awal kehamilan memberikan risiko yang besar untuk terjadinya keguguran dan kelahiran Pra Matang!

Oleh itu, jangan biarkan perkara seperti ini berlaku keatas diri anda. Jangan anggap keputihan adalah sesuatu perkara yang remeh temeh. Kerana kesannya amat besar dikemudian hari.

Pautan dari:

http://petua-kahwin.blogspot.com/

Rabu, 26 Mei 2010

Kesan Gula-Gula Pada Kanak-Kanak

Saya pasti jika anda mempunyai anak kecil, anda akan perasan mereka cukup sukakan gula-gula. Dan bagi sesetengah ibu-bapa, cara termudah untuk memujuk anak mereka yang menangis adalah dengan memberikan gula-gula. Mesti anaknya diam lepas tu.

Tapi gula-gula sebenarnya mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Selain dari itu, bahan didalam gula-gula juga boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah dan nakal.

Bukan itu saja... pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga boleh menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, mengurangkan kecergasan dan menjejaskan pencapaian dalam pelajaran.

Selama ini yang selalu ditekankan tentang gula-gula ialah ia boleh menyebabkan kerosakan gigi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pengambilan gula-gula dikalangan anak-anak perlu dikawal oleh ibu bapa.

Cara-cara berikut mungkin boleh di praktikkan bagi mengatasi masalah anak yang mahukan gula-gula :

* Alih perhatian mereka kepada aktiviti lain atau barang mainan yang digemari oleh anak.
* Gantikan gula-gula dengan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang,dan buah epal. Buahan-buahan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan vitamin C.
* Elakkan dari menyimpan gula-gula dirumah.
* Seeloknya elakkan dari memperkenalkan gula-gula kepada anak dibawah usia 2 tahun.

Pautan Dari:

http://petua-kahwin.blogspot.com/

Selasa, 25 Mei 2010

Bayi baru lahir menangis berterusan...kenapa???

Pengenalan

Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.

Tanda dan Gejala

Bayi biasanya akan menangis apabila :

* Lapar dan dahaga.

* Mengantuk atau letih.

* Kesejukan atau basah.

* Minta didukung.

* Perlu ditukarkan lampin.

* Dalam kesakitan atau tidak selesa.


Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :

* Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.

* Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi

* Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa

* Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.


Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:

* Perut memulas.

* Penyakit.

Rawatan

Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.

* Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.

* Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.

* Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian yang dihangatkan terlebih dahulu.

* Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.

* Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.

* Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.


Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.

Perut Memulas

Menangis akibat perut memulas didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari) dan biasanya akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami perut memulas.


Cara menanganinya :

* Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sedawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda berjalan-jalan dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakannya.

* Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.


Penyakit

Sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk. Sekiranya bayi anda masih menangis berterusan meskipun semua cara di atas telah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.

Isnin, 24 Mei 2010

Rahsia Khasiat Asid Folik (Ibu Mengandung Wajib Baca)



Asid Folik penting untuk ibu mengandung...

Rahsia Khasiat Asid Folik

Assalamualaikum….

Semoga semuanya sehat2 saja ya..

Especially buat ibu2 yang kini sedang membawa kandungan… diharapkan agar kesihatan anda di tahap yang tip-top ya.. baik dari segi dalaman juga luaran.. Tenaga juga perlu disimpan bagi saat2 kelahiran kelak..so amalkan pemakanan yang sehat, dan memenuhi semua keperluan tubuh anda juga bayi di dalam kandungan..

Dan .. antara keperluan utama bagi ibu2 ini.. adalah Asid folik (folic acid). Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..


Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.

Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Risiko kekurangan Asid Folik

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

* Sakit disekeliling mulut.
* Sakit lidah.
* Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
* Anemia.

Kesimpulan

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.

Sebahagian penerangan di atas diperolehi daripada : http://www.cdc.gov/ncbddd/folicacid/index.htm

Ahad, 23 Mei 2010

Folik Asid

FUNGSI

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.


KEKURANGAN

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
Sakit disekeliling mulut.
Sakit lidah.
Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
Anemia

Sabtu, 22 Mei 2010

Keperluan Pemakanan Asid Folik Untuk Wanita

Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Ia dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" atau NTD. Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Saintis tidak pasti bagaimana ia membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun saintis pasti ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin

Jumaat, 21 Mei 2010

Berpantang cara tradisiona


Menjaga dan merawat ibu bersalin kini menjadi rutin harian Zuzana Zulkifle.

SEJAK berzaman lagi penjagaan cara tradisional bagi ibu-ibu dalam proses berpantang selepas melahirkan anak amat dititikberatkan .

Dalam proses itu, ibu-ibu dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Banyak pantang-larang terpaksa diikuti termasuk soal pemilihan pemakanan dan ubat-ubatan.

Pada masa itu tugas penjagaan diserahkan kepada orang tua sama ada ibu, nenek atau mertua.

Zaman itu telah berubah. Faktor masa, kerjaya, kedudukan jarak dan budaya serta penjaga yang telah tua turut memainkan peranan. Ada ibu-ibu yang terpaksa menjaga diri sendiri ketika berpantang atau dijaga oleh suami yang prihatin.

Mungkin penjagaan itu tidak menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki. Rata-rata hanya melibatkan proses berurut, makanan dan pemilihan ubat-ubatan.

Kini terdapat perkhidmatan penjagaan ibu dalam pantang bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah penjagaan.

Dari rumah ke rumah

Pakej perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Zuzana Postnatal & Beauty House ini berperanan membantu ibu-ibu berpantang dan pakej yang disediakan adalah melalui khidmat dari rumah ke rumah.

Sudah tentu berfungsi memudahkan pelanggan, pemiliknya, Zuzana Zulkifle, 38, ibu kepada tiga orang anak ini telah memulakan perkhidmatan ini sejak lima tahun lalu. Wanita ini juga berkebolehan dalam bidang rawatan kecantikan dan spa.

Dia yang mempunyai kelulusan dalam bidang kesetiausahaan dan pernah bekerja di sebuah syarikat lebuh raya di ibu kota, berkata, kerjayanya bermula setelah menceburkan diri dengan pengalaman mempelajari teknik mengurut, petua-petua Melayu dan menjaga ibu di dalam pantang ketika mengikuti neneknya, seorang bidan kampung.

Dalam usaha menambah pengetahuan dalam bidang ini dia turut mengikuti kursus-kursus di akademi-akademi kecantikan di seluruh negara.

''Memang banyak masalah yang dihadapi hanya ibu-ibu yang melalui proses berpantang sahaja yang mengetahuinya.

''Saya yakin penjagaan diri selepas kelahiran adalah penting kerana di situlah bermulanya detik hidup seorang wanita ke arah keharmonian rumah tangga yang dibina sehinggalah ke usia emas,'' tambah wanita kelahiran Ipoh, Perak itu.

Tambahnya, selain kecantikan luaran, konsep yang diketengahkan ialah membantu kaum wanita membaik pulih tubuh luaran dan dalaman termasuk memberi khidmat kaunseling bagi mereka yang memerlukan secara percuma.

Zuzana menambah, pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatannya perlu menempah dua bulan lebih awal.

Membelah mulut

''Sehari sebelum bersalin, ubat-ubatan akan diletakkan di rumah pelanggan," katanya.

Kata Zuzana, dia juga akan ke hospital bagi perkhidmatan adat 'membelah mulut' bayi menggunakan air zam-zam, kurma dan kismis.

''Saya juga boleh menyunatkan anak-anak perempuan dan menanam uri,'' ujarnya.

Di rumah pelanggan, Zuzana akan datang seawal pagi untuk memandikan bayi, merebus air mandian untuk ibu, berurut, bertangas, bertungku dan

Set ubat-ubatan bersalin dan bengkung akan diberikan secara percuma, begitu juga pilis dan param serta senaman kemutan otot.

Perkhidmatan Zuzana tidak terhad setakat itu kerana dia juga boleh mengatur majlis cukur jambul, marhaban mahu pun urusan pembantu rumah sekiranya ibu-ibu memerlukan.

Selepas berpantang pula, Zuzana yang dibantu oleh rakannya, Enni Faridah Syed Abdullah, 45, menyediakan perkhidmatan pakej spa secara percuma.

''Semua pakej tertakluk kepada permintaan yang dikehendaki pelanggan dengan harga minimum yang ditawarkan ialah RM1,200 bagi seminggu.

Sementara itu, Siti Salwa Salleh, 32, yang berasal dari Kedah berpendapat, perkhidmatan seperti ini benar-benar memberi kemudahan kepada dirinya yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata ketiganya baru-baru ini.

''Keluarga saya jauh dan tiada siapa menjaga saya ketika berpantang. Menerusi perkhidmatan seperti ini saya rasa benar-benar terjaga dan rasa segar semula.

''Ubat-ubatan yang digunakan juga benar-benar memberi kesan dan saya rasa sihat. Berbanding dua kelahiran lalu, kali ini saya rasa lebih sihat.

"Berat badan saya juga sudah turun dari 53 kilogram kepada 43 kilogram,'' ujarnya yang akan kembali bertugas semula selepas habis tempoh berpantang.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi talian 017-238 0009.


Pautan Dari:

utusan malaysia-ARKIB : 08/04/2010
Oleh ROSMAH DAIN
Gambar IDZHAM JAAFAR

Khamis, 20 Mei 2010

Tips penting tentang mencuci kain lampin moden

lampin moden????

Lampin Kain Moden atau lebih ramai yang mengenalinya sebagai Cloth Diapers adalah lampin kain yang telah diberi nafas baru bagi membantu ibu bapa menguruskan bayi dengan lebih mudah dan efektif. Tidak seperti lampin kain tradisional yang perlu dipakai dengan pelindung lampin (biasanya macam seluar plastik tu) dan pin yang besar, cloth diapers adalah inovasi terkini bagi lampin bayi bahagian luar lampin (nak senang panggil je seluar atau spender dia) dibuat dari Polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air dan tidak mudah bocor.

Bahagian dalam cloth diapers pula dilapisi dengan micro fleece yang mesra kepada kulit bayi yang lembut dan tidak mudah menyebabkan ruam lampin.

Selain dari seluarnya, cloth diapers juga disertakan dengan insert. Insert merupakan bahagian penting lampin moden yang berfungsi untuk menyerap cecair. Insert terdiri dari 4 lapisan kain yang boleh menyerap sehingga 4 kali basahan atau sehingga 4 jam pemakaian.

Baiklah, tanpa buang masa lagi kita terus ke tips pencucian kain lampin moden ni pula.

1. Lampin moden sebenarnya boleh dicuci tangan dan juga dengan mesin basuh. Saya percaya dizaman sekarang ni hampir setiap rumah ada mesin basuh. Jadi mesti ramai yang lebih suka guna mesin basuh saja. Walaupun begitu, setiap kali selepas cucian elakkan dari menggunakan pelembut dan pewangi pakaian (contohnya softlan) untuk cloth diapers. Penggunaan pelembuat pakaian sebenarnya akan mengurangkan daya serapan insert. Maknanya tak perlulah nak wangikan atau lembutkan lagi lampin moden anda tu. Cukup dengan basuh, bilas dan spin saja… lepas tu jemur.

2. Setiap kali anda membeli lampin kain moden yang baru, sebaiknya dibasuh dulu sebelum digunakan. Untuk sarung lampin (ada pelanggan saya panggil seluarnya), basuh sekali saja sudah pun mencukupi. Tapi untuk insert, sebaiknya dibasuh 2 ke 3 kali sebelum digunakan. Maksud basuh 2 ke 3 kali ni ialah – basuh, jemur hingga kering, basuh dan jemur lagi, kemudian basuh dan jemur lagi untuk kali ke 3. Lepas tu baru boleh guna. Tujuan cucian berulang dilakukan untuk insert adalah untuk meningkatkan daya serapannya. Sebab insert ni makin banyak kali dicuci makin tinggi lah daya serapannya.

3. Untuk cucian pertama kali bagi kain lampin moden ni (maksud saya bagi lampin yang baru dan masih belum digunakan), sebenarnya tak perlu pakai sabun pun tak apa. Cukup dengan cuci dan bilas dengan air saja. Lagipun tujuan pencucian adalah untuk meningkatkan daya serapan dan juga untuk membuang habuk-habuk yang mungkin telah melekat sewaktu proses pengeluaran di kilang. Tapi jika anda risau takut lampin moden anda tak bersih, anda boleh masukkan sedikit sabun. Tak perlu banyak pun… cukup dalam 1/4 dari sukatan biasa saja.

4. Elakkan dari menggunakan peluntur untuk memutihkan cloth diapers dan juga insert. Penggunaan peluntur sebenarnya akan merosakkan tekstur dan ketahanan lampin. Bagi mereka yang telah menggunakan cloth diapers anda pasti perasan warna insert mula bertukar ke warna yang agak kelabu sedikit selepas beberapa lama penggunaan. Untuk memutihkan kembali insert tu anda sebenarnya boleh gunakan baking soda saja. Caranya masukkan 1 sudu baking soda kedalam cucian cloth diapers anda dan cuci seperti biasa. Selain dari untuk memutih kan lampin, baking soda juga boleh membantu menghilangkan bau yang melekat pada lampin.

5. Elakkan dari menggunakan sabun yang banyak setiap kali membasuh kain lampin moden. Pengunaan sabun yang banyak akan menyebabkan pori-pori insert tersumbat dan seterusnya akan mengurangkan daya serapan insert dan menyebabkan lampin mudah bocor. Guna sabun yang sedikit (dalam 1/4 dari sukatan biasa anda) sudah pun mencukupi.

6. Jika anda menggunakan baking soda sebagai pengganti sabun sewaktu mencuci lampin kain moden, adalah digalakkan untuk anda masukkan 1 sudu cuka sewaktu bilasan pertama lampin. Tujuannya adalah untuk meneutralkan kembali ph pada lampin dan bagi mengelak dari berlakunya masalah ruam lampin. Cikgu sains kat sekolah dulu kan ada ajar : alkali (baking soda) lawan asid (cuka) = neutral. Jika anda menggunakan kaedah ini, sebaiknya lampin dibila sebanyak 2 kali dan bagi bilasan ke 2 (bilasan akhir) tu, cukup jika dibilas dengan air saja.

Selasa, 18 Mei 2010

Seks Selepas Bersalin

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:

* Trauma dengan proses kelahiran – Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.

* Perubahan hormon dan emosi – Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.

* Perubahan fizikal – Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.

Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.

Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?

Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.

Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.

Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?

Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.

Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.

Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.

Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?

Secara amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.

Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.

Seks dalam pantang

Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks. Rupanya perkara yang tidak digalakkan oleh Rasulullah boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.

p/s: Ingin mencari lebih fakta berkaitan untuk memantapkan maklumat dan pengetahuan berkenaan topik di atas. Applikasikan butang ini.

Isnin, 17 Mei 2010

Alahan Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?

Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

* Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.

* Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

* Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

* Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

* Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.

* Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

* Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

* Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

* Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.

* Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.

* Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

* Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

* Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

* Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

* Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.

* Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

* Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

* Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.

* Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

* Cadangan di atas tidak memberikan kesan.

* Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.

* Berat badan anda menurun dengan banyak.

* Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.

* Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.

* Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

P.S: Bagi sesiapa yang ingin berkongsi cara berkesan mereka mengatasi alahan semasa mengandung, adalah sangat dialu-alukan!Jika anda ingin meneruskan pencarian anda dalam bab ini dipersilakan untuk mencarinya dengan menggunakan butang ini

Ahad, 16 Mei 2010

Tips Mengurangkan Berat Badan

1)Elakkan penurunan berat badan yang cepat

Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.

2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus

Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3) Minum banyak air

Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ sehari.

4) Banyakkan pergerakan

Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.

Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5) Mulakan sedikit demi sedikit

Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih. Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan

Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.

7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya

Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi! Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

8) Kesan jangka masa panjang

Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam!

9) Fokus pada sihat, bukannya kurus

Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk piramid makanan!

10) Atasi tekanan emosi

Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya tekanan anda diatasi.

11) Motivasi

Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!

Sabtu, 15 Mei 2010

6 Tips Mengurangkan Tekanan

Tahukah anda stres atau tekanan boleh menyebabkan kenaikan berat badan? Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan menghasilkan hormon kortisol yang lazimnya akan meningkatkan keinginan anda menjamah makanan tinggi gula dan lemak. Jangan risau! Anda boleh mengelakkan penghasilan hormon kortisol dengan mengatasi stress yang dialami dengan 6 tips berkesan.

1. Teknik pernafasan- Senaman yang melibatkan pernafasan seperti tai chi dan yoga boleh membangkitkan rasa tenang dan mengurangkan hormon stres. Bagi anda yang tiada masa untuk mengamalkan senaman, cuba luangkan 5 minit saja sehari untuk tarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan dan lepaskan semula nafas perlahan-lahan. Insya Allah, anda akan berasa tenang.

2. Senaman – Bagi sesetengah orang (termasuk saya), perkataan senaman merupakan sesuatu yang formal dan memenatkan sehingga menyebabkan kita menghindarinya. Sebaliknya, cuba fikirkan senaman sebagai aktiviti fizikal atau pergerakan yang menyeronokkan seperti bermain bersukan dan berkebun. Libatkan anak-anak dan suami supaya aktiviti fizikal anda lebih bermakna di samping menggalakkan ahli keluarga bersenam. Luangkan 15-30 minit sehari sahaja sudah mencukupi untuk membakar kalori anda, bahkan juga membantu anda melawan segala hormon stres yang tidak diingini.

3. Makan ikut masa – Bagi masyarakat kita, makan 3 kali sehari sudah mencukupi. Sebaliknya, pertimbangkan 5-6 kali hidangan kecil yang lengkap dengan protein dan karbohidrat supaya gula dalam darah stabil dan pengeluaran hormon stres dapat dielakkan. Anda akan mendapati tahap tenaga paling tinggi apabila anda mangambil makanan setiap 2-3 jam. Tapi INGAT! Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kurang lemak dan gula dalam kuantiti yang berpatutan. Bak kata sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang. Nescaya stres berkurangan, badan sihat dan pahala pun dapat kerana mengikuti sunnah nabi.

4. Tidur yang mencukupi – Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa tahap hormon kortisol meningkat apabila individu kurang tidur. Hormon kortisol yang tinggi menyebabkan keinginan terhadap makanan tinggi gula dan lemak juga meningkat di siang hari. Keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan mengalami stres dan juga risiko yang tinggi untuk peningkatan berat badan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Jangka waktu tidur yang mencukupi berbeza bagi setiap individu. Anda tahu anda cukup tidur apabila anda bertenaga dan bersemangat sepanjang hari. HATI-HATI! Jangan terlebih tidur! Terlebih tidur akan membuatkan anda berasa lesu dan lemah.

5. Elakkan kafein, rokok dan alkohol – Pastikan anda tidak merokok serta mengambil kafein dan alcohol. Berdasarkan American Institute of Stress (AIS), ketiga-tiga faktor ini akan meningkatkan tahap kortisol, sekaligus menyebabkan stres dan kelaparan serta menurunkan paras gula dalam darah.

6. Ambil vitamin dan mineral – Banyak kajian yang telah membuktikan stres boleh menyebabkan penurunan vitamin dan mineral yang penting dalam badan. Sebanyak 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari disyorkan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh anda. Bagi saya, pengambilan suplemen atau multivitamin lebih mudah kerana untuk memenuhi 9 kali hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyebabkan saya mengalami tekanan juga! Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan supaya anda mengambil suplemen yang bersesuaian dengan keperluan badan anda.

Dengan mencuba tips di atas, anda akan berasa lebih tenang dan sihat!

Pautan Dari:

http://comelnya.com/sihat-dan-cantik

Jumaat, 14 Mei 2010

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

* Berat bayi : 2.5 – 3 kg

* Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg

* Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

* Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg

* Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg

* Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg

* Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg

* Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

* Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

* Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

* Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

* Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

* Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.



Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

* HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi

* Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Tips Mengatasi Stress Dalam Kehamilan.

Tips mengatasi stress dalam kehamilan. Ingat bahwa stress selama kehamilan hanya berpengaruh buruk bagi anda dan bayi anda, anda dapat mencoba beberapa tips mengatasi stress dalam kehamilan ini---

Dalam kehidupan kita tak dapat mencegah sesuatu peristiwa buruk terjadi (misalnya: kematian , kehilangan sesuatu, stress pekerjaan, masalah keluarga dll), dan kita juga tak dapat merubah emosional kita begitu saja.

Tetapi anda dapat mencoba beberapa tips untuk mengatasi stress ini. Ingat yang terpenting berusahalah untuk melindungi anda dan juga bayi anda dari pengaruh buruk akibat stress ini.

Beberapa Tips Untuk Mengatasi Stress:

Coba Mencari Penyebab. Cobalah untuk mencari tahu apakah penyebab stress anda-- hubungan personal anda atau berhubungan dengan pekerjaan anda, atau lainnya dan carilah jalan yang efektif untuk dapat mengatasi dan menghadapinya.

Diet Makan Yang Baik. . Bila kita sehat dan fit, kita akan dapat mengatasi stress dengan cara lebih baik. Untuk itu anda harus tetap menjaga diet makanan yang sehat, istirahat yang cukup, dan lakukanlah olahraga teratur yang akan membantu anda untuk tetap fit.

Olah Raga. . Penelitian menunjukkan bahwa berolahraga selama kehamilan bukan saja membuat badan sehat-fit juga membuat jiwa yang sehat.

Hindari Kebiasaan Yang Tak Baik Karena Faktor Emosional.. Carilah alternative lainnya bila anda menjadi sangat ingin merokok, atau alcohol. Cobalah alihkan dengan berolahraga, ngobrol dengan teman/keluarga, bernyanyi, menguyah permen karet, atau makan buahan atau apapun juga yang bisa anda lakukan untuk mengalihkan keinginan anda yang dapat membahayakan bayi anda ini.

Komunikasi. . Isolasi sosial dan rasa sendirian membuat anda lebih sulit untuk menghadapi kesulitan, kesedihan. Binalah hubungan emosional yang baik dengan pasangan, keluarga dan teman-teman anda. Komunikasi/ hubungan emosional yang baik akan membantu anda menghadapi kesulitan dan kesedihan karena adanya dukungan dari pasangan, keluarga dan teman anda.

Mengikuti Aktivitas. . Meditasi, Yoga dan Pijatan akan membantu mengurangi ketegangan pada otot-otot anda. Menurut riset terbukti aktivitas-aktivitas ini mempengaruhi reaksi tubuh terhadap stress dengan menurunkan hormone stress dan memperlambat detak jantung.

IstirahatYang Nyaman., berbaringlah pada satu sisi (sisi kiri dianjurkan), dikamar yang sepi, dengarkan musik yang lembut, bayangkan diri anda ditempat yang anda sukai misalnya di pantai, di taman dll.

Bicarakan dengan dokter anda.. Anda dapat membicarakan perasaan dan keluhan anda kepada dokter anda. Jangan pernah ragu dan malu untuk menyampaikan perasaan dan keluhan anda kepada dokter anda. Dokter akan menilai apakah anda memerlukan pengobatan atau tidak atau bila perlu dapat mengkonsul anda ke dokter psikiatri. Sehingga dapat dilakukan tindakan pengatasan secepat dan sebaik mungkin.

Berusahalah untuk menjadikan hari-hari yang indah selama kehamilan anda, yang akan memberi pengalaman indah yang tak terlupakan buat anda dan pasangan.

Kehamilan adalah anugerah indah dariNya buat anda!

Pautan Dari:

Dr.Suririnah-www.InfoIbu.com

Khamis, 13 Mei 2010

Stress Dalam Kehamilan Berpengaruh Buruk!

Stress dalam kehamilan berpengaruh buruk. Stress hanya memberi pengaruh yang negative selama kehamilan dan juga menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius. Bagaimana stress mempengaruhi anda & bayi anda ?

Stress atau perasaan tertekan akan dapat berakibat buruk pada bayi anda.

Bagaimana stress dapat mempengaruhi bayi anda, yaitu-- lewat perubahan fisik yang terjadi pada anda akibat stress, seperti peningkatan detak jantung dan peningkatan hormone stress,-- mungkin anda berfikir hal ini tidak secara langsung berpengaruh bagi bayi.


YA!--Semua ini dapat berpengaruh pada bayi anda, seperti substasi-substasi yang berasal dari hormone stress dapat mempunyai pengaruh yang merugikan bagi bayi. Dan stress menjadi lebih besar pengaruhnya karena wanita yang sedang dalam keadaan stress akan bertingkah laku berbeda. Contohnya wanita yang sedang stress biasanya tidak dapat makan dengan baik dan pelarian ke rokok atau alcohol, dimana semua ini meningkatkan resiko pada kesehatan bayi anda.

Pada penelitian didapatkan bahwa ibu hamil yang mempunyai tingkat stress yang tinggi dapat meningkatkan resiko kelahiran bayi premature bahkan keguguran.

Pada wanita yang bekerja yang juga bertanggung jawab untuk pekerjaan rumah tangganya mempunyai 5 X resiko komplikasi yang lebih besar. Berdasarkan penelitian resiko keguguran meningkat 2-3 X pada wanita yang mempunyai pekerjaan dengan tingkat stress yang tinggi.

Penelitian juga menunjukkan bahwa ibu hamil yang dengan Kecemasan Tinggi ketika hamil cenderung untuk mempunyai bayi yang kecil(berat badan lahir rendah).
Stress juga dapat meningkatkan resiko Hipertensi (tekanan darah tinggi) pada kehamilan.

Dalam waktu pendek, tingkat stress yang tinggi akan dapat menyebabkan gejala : rasa lemas, kurang tidur, perasaan cemas, nafsu makan terganggu atau terlalu banyak makan, sakit kepala, dan punggung.

Dan jika tetap tak diatasi, dapat menimbulkan masalah kesehatan yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan juga memperendah kekebalan tubuh terhadap infeksi.

Dari beberapa laporan ini jelas bahwa stress hanya memberi pengaruh yang negative selama kehamilan dan juga menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius.

Kehamilan adalah suatu anugerah Tuhan, yang tidak ternilai, jadi berbahagialah dan nikmatilah saat-saat kehamilan anda ini untuk menjadi calon ibu yang berbahagia juga demi bayi anda.

Pautan Dari:

Dr.Suririnah-www.InfoIbu.com

Bahaya Ibu Mengandung Merokok!!!


Ibu Hamil Jangan Merokok! Merokok selama anda hamil hanya akan memberi efek yang buruk bagi bayi anda, pelajari lebih lanjut bagaimana ibu hamil perokok aktif maupun perokok pasif selama kehamilan akan berpengaruh buruk!

Tidak diragukan lagi bahwa merokok sangat membahayakan bayi dalam kandungan!

Karbonmonoksida dari rokok akan yang terisap oleh ibu hamil dan akan terbawa ke aliran darah ibu sehingga menyebabkan penerimaan oksigen bayi maupun plasenta (ari-ari) berkurang, yang berarti berkurang juga penerimaan nutrisi untuk bayi anda.

Dan pengaruh buruk selanjutnya, plasenta akan lebih lanjut meperluas didaerah rahim untuk mencari daerah permukaan di rahim untuk mencukupi kebutuhan oksigen dan nutrisinya. Yang mengakibatkan plasenta akan semakin tipis yang berarti meningkatkan kemungkinan terjadinya plasenta letak rendah dan plasenta previa (plasenta terletak di jalan lahir/mulut rahim), komplikasi plasenta lainnya.

80% perokok akan mempunyai kemungkinan menderita keguguran di banding ibu hamil yang tidak merokok. Karena ibu hamil yang merokok akan mempunyai kadar hormone kehamilan yang lebih rendah, padahal hormone kehamilan diperlukan untuk mempertahankan kehamilannya sampai bayi menjadi mature.

Bayi yang lahir dari ibu yang perokok selama kehamilannya biasanya akan lebih kecil atau BBLR (berat badan lahir rendah) dan baisanya disertai dengan berbagai masalah lainnnya termasuk juga masalah paru-paru.

Dan ibu hamil yang tidak merokok sebaiknya menghindari diri juga dari asap rokok (perokok pasif) karena penelitian menyatakan bahwa eksposure yang teratur dari asap rokok dapat mempengaruhi pertumbuhan janin dan juga masalah tingkah laku nantinya.

Bicarakanlah dengan dokter anda bila anda adalah perokok dan tidak dapat menghentikannya selama kehamilan anda ini. Jangan ragu untuk berkonsultasi karena anda bukanlah yang pertama dengan masalah ini. Sehingga dokter anda akan memberi saran-saran untuk menghentikan rokok dan mendukung keputusan anda. Bicarakan juga dengan pasangan anda, dan anda perlu dukungannya juga untuk melakukan semua ini.

Pautan Dari:

Dr. Suririnah -www.infoibu.com

Rabu, 12 Mei 2010

PETUA UNTUK MEMBERI MAKAN

Libatkan Anak Anda

• Galakkan anak anda untuk melibatkan diri dalam merancang menu,
menyediakan dan membeli makanan. Bawa anak anda bersama
ke pasaraya dan berbincang tentang pilihan makanan yang
anda beli boleh menarik minatnya untuk makan.

• Dengan kanak-kanak yang lebih tua, benarkan mereka membantu
menyiapkan meja makan.

Tetapkan Masa Untuk Makan


• Hidangkan makanan pada masa yang tetap dan sesuai.

• Jangan berikan snek kira-kira 11/2 hingga 2 jam sebelum waktu makan utama.

• Sebelum waktu makan, pastikan kanak-kanak tidak terlalu penat atau terlampau seronok. Benarkan kanak-kanak berehat seketika
sebelum mula makan.

• Jangan biarkan masa makan berlanjutan lebih daripada satu
jam. Setengah jam adalah tempoh masa yang sesuai.

Makan Dengan Selesa


• Pastikan anak anda duduk di ketinggian yang sesuai supaya dia
tidak perlu bersusah payah untuk mencapai makanan.

• Mangkuk, pinggan dan cawan untuk anak anda hendaklah diperbuat
daripada bahan tidak boleh pecah dan cukup berat supaya
makanan tidak mudah tumpah.

• Kanak-kanak kecil akan lebih mudah mengaut makanan yang dihidang
di dalam mangkuk yang cetek.

• Adalah satu idea yang baik untuk membenarkan anak anda mempunyai
satu set peralatan meja makannya yang sendiri. Pastikan
alat-alat ini tidak mempunyai bucu tajam.

• Sudu yang berpemegang tebal memudahkan kanak-kanak memegang
dan kurang meletihkan.

Jadikan Makanan Menyelerakan


• Hidangkan pelbagai makanan setiap hari.

• Elakkan monotoni – guna cara masakan yang berbeza-beza.

• Gunakan kreativiti anda. Hidangkan makanan dalam bentuk yang
menyeronokkan dan menarik.

• Cuba dan belajar cara-cara baru untuk menyediakan makanan
daripada budaya yang berlainan.

• Beri keutamaan kepada snek yang berkhasiat seperti buah-buahan
segar, sayur-sayuran, jus buahbuahan, kraker penuh mil dan roti
sandwic penuh mil.

Selalu Berikan Galakan


• Jangan sekali-kali cuba untuk memaksa memasukkan makanan
secara fizikal ke dalam mulut anak anda.

• Elakkan daripada memarahi atau memberi ugutan kepada kanakkanak
apabila masalah memberi makan timbul. Pujukan yang lemah lembut adalah lebih baik terutamanya untuk jangka panjang.

• Jangan menyogok anak anda untuk makan.

• Cuba tarik perhatian anak anda dengan cerita tentang makanan-makanan baru yang anda ingin mereka cuba. Anda boleh bercakap tentang khasiat makanan tersebut, rasanya yang lazat dan cara anda memasaknya.

• Jika anak anda sudah cukup besar,bincang dan buat keputusan dengan bersama tentang jumlah makanan yang hendak dimakan. Keputusan yang diambil bersamasama biasanya menggalakkan mereka makan.

• Jika kanak-kanak enggan makan sesejenis makanan (contohnya sayur-sayuran), terus berikan makanan ini dalam kuantiti yang kecil dari masa ke semasa.

• Tunjukkan contoh yang baik dan makanlah beramai-ramai dalam satu keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini membuatkan anak anda menunggu-nunggu masa makan untuk bersama ibu bapa dan adik-beradik yang lain.

• Jadikan masa makan selesa dan menyeronokkan.

• Jika anak anda memang susah untuk makan, snek yang berkhasiat boleh membantu mengimbangkan khasiat makanan yang tidak didapati ketika waktu
makan utama. Keutamaan patut diberikan kepada susu, buahbuahan segar, jus buah-buahan, biskut kraker penuh mil atau roti sandwic penuh mil yang kecil.

Tetapi ingat, snek tidak boleh sekali-kali menggantikan waktu makan utama.

Jadikan Masa Makan Selamat


• Elakkan suhu makanan yang melampau. Kanak-kanak selalunya suka suhu yang suam.

Berhati-hati agar tidak melecur.

• Awasi anak anda ketika dia sedang makan.

• Elakkan kanak-kanak daripada tercekik dengan tidak memberikan mereka makanan yang berbentuk bulat, kecil dan keras (seperti kacang tanah), atau makanan yang terlalu liat dan melekit (seperti dodol).

• Sentiasa pastikan ikan telah dibuang tulangnya.

• Pastikan anak anda duduk dengan tegak ketika makan.

• Pastikan anak anda makan dalam suasana yang tenang; dia tidak boleh dibenarkan berlari-lari dengan makanan atau sudu garpu di dalam mulut – ini meninggikan risiko tercekik dan kecederaan serius kepada mulut.

• Adalah tidak bersih untuk berkongsi makanan daripada satu pinggan
yang sama, menggigit makanan yang sama atau minum daripada cawan yang
sama dengan anak anda.

• Jika anda tidak pasti sama ada sesuatu makanan itu selamat untuk dimakan, buangkan sahaja. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada gunanya.

Selasa, 11 Mei 2010

PETUA UNTUK MENGGALAKKAN PENGAMBILAN SUSU

• Susu tepung dan susu yang telah dipasturkan (paket) adalah pilihan yang bijak kerana
kedua-duanya sangat berkhasiat. Walaubagaimanapun,ini tidak benar bagi susu pekat manis dan susu sejat kerana ia kurang berkhasiat.

• Pastikan seluruh keluarga meminum susu, anak anda pasti tidak mahu ketinggalan.

• Tarik minat kanak-kanak dengan cerita mengenai susu.Apabila mereka mengetahui
khasiat susu, mereka akan lebih rela meminumnya.

• Hidangkan susu dengan kreatif.Campurkan dengan aiskrim untuk membuat susu kocak.
Campurkan dengan buahbuahan atau jus buah-buahan untuk membuat ‘milktail’. Masukkan sedikit ais kisar dan voila! Anda akan mendapat aist campur ‘Milky Surprise’!

Ahad, 9 Mei 2010

Merancang Jantina Bayi ?

Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).


Ciri-ciri benih lelaki berbeza – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya.

Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.


Bila boleh tahu ?


Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.


Bolehkah merancang anak kembar

Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

Makanan terbaik untuk pembentukan otak.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !

Pautan Dari:

http://www.hamidarshat.com/merancang-jantina

Sabtu, 8 Mei 2010

Anak Hyperaktif

KANAK - KANAK YANG HIPERAKTIF

Riwayat kes

Abu yang berumur empat tahun telah dibawa ke klinik kanak - kanak kerana terlalu

Aktif atau cergas dan tidak boleh duduk diam . Abu dilahirkan seperti biasa dan kesihatan

serta perkembangannya sehingga usia satu tahun dikatakan memuaskan . Selepas Abu sudah

boleh berjalan dikatakan sangat buas, selalu memanjat di atas perabot - perabot serta memunggah benda - benda . Pendek kata Abu jarang duduk diam dan dia sangat kurang

tidur . Semakin dia besar semakin sukar untuk menjaga atau mendidiknya . Dia masih belum

boleh bercakap seperti kanak - kanak yang sebaya dengannya dan dia tidak boleh mengikuti

arahan yang diberi kepadanya walaupun ibubapanya tidak meragukan kebolehan pendengarannya . Dia masih memerlukan bantuan untuk makan . memakai baju atau membuangair kecil dan besar .

Ibu bapanya tidak memasukkannya ke tadika tetapi dia dikatakan terlalu resah , dan tidak

mematuhi apa - apa arahan yang diberikan . Abu juga tidak boleh menumpukan perhatiannya

kepada sesuatu perkerjaan . Dia tidak suka duduk dengan lama, asyik hendak berlari keluar dari bilik darjah . Kelakuannya didapati sukar dikawal oleh gurunya sehingga ibu bapanya diminta mengeluarkannya dari tadika kerana dia sentiasa mengganggu aktiviti - aktiviti kelas .

Abu merupakan seorang kanak -kanak yang mengalami sindrom heperaktif atau dipanggil " Attention deficit disorder " . Keadaan ini menimbul kerumitan kepada ibu bapanya untuk menjaga dan mendidiknya .

Kelakuan yang biasa diperlihatkan di dalan keadaan ini boleh dibahagian .

(1) kekurangan tumpuan perhatian

Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain .

(2) Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )

Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .

(3) Berkelakuan Terlalu Aktif

Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .

Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .

Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .

Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa .

Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal -profesyenal yang terlatih .

Cara - cara rawatan

(1) Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .

(2) Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) ; lebih berkesan , tetapi cara -caranya.Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik ini perlu diikuti selalu .

(3) Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach ) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini ; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.

Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .

Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan

Masa hadapan

Dari penyelidikan yang telah dijalankan , didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat . Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri , sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini .

Kesimpulan

Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh . Bagaimanapun , kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa .

Pautan dari:

http://www.hamidarshat.com

Jumaat, 7 Mei 2010

Penjagaan Diri: BAKAL IBU

Tips:Amalkan doa ini sebelum bersetubuh

"Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)."

...Makanlah asid folik 10 mg setiap hari selagi merancang untuk hamil untuk menjauhi dari spina bonifida ataupun kecacatan otak dan tulang pada bayi. Makanan kaya asid folik, bayam, sayuran kekacang. Ia perlu dimakan sebelum hamil lagi.

ANDA HAMIL KE?


Haid anda lewat? Wanita yang berkahwin mesti memastikan haid mereka datang dengan teratur setiap bulan. Kalau haid selalu lewat atau tak menentu itu tidak bermaksud anda tidak hamil. Bersifat bijak dan pastikan dari sekarang anda mencartakan haid anda setiap kali ia datang dan untuk berapa lama. Betapa pentingnya menyimpan carta ini kerana kerja remeh inilah yang akan menolong anda bila anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan jika ada masalah kelak. simpan satu buku nota dan catitkan perjalanan haid anda. Hari pertama datang haid hinggalah ke hari terakhir. Tuliskan samaada turun darah banyak ataupun tidak dan notakan juga pada hari-hari bila?

Kalau buah dada terasa sakit dan membengkak, anda merasa loya, pening-pening lalat, cepat letih, kerap buang air dan hilang selera makan, berhati-hati. Begitulah simtom awal kehamilan.

Ataupun period anda tak pernah lambat, tiba-tiba ia tidak datang dan anda lewat lebih dari dua minggu. Apa tindakan selanjutnya?

Inilah masanya anda perlu ke farmasi dan membeli ujian kehamilan untuk menentukan samaada anda hamil ataupun tidak. Jenama yang terkenal sekali di pasaran ialah Clear Blue. Lakukan ujian pada sebelah pagi sebaik sahaja bangun dari tidur, dapatkan sedikit contoh air kencing anda dalam gelas plastik kecil dan celup bahagian muncung kertas ke dalam spesimen air kencing anda.

Tanda dua jalur? anda hamil!! tahniah.

PERASAAN ANDA


Anda hamil dan bakal menjadi seorang ibu dan inilah pertama kalinya anda akan melaluinya? Adakah anda bersedia? Adakah anda memang mahu menjadi ibu? Adakah anda merasakan ia satu keseronokan atau satu beban? Ia memang dirancang? Apa pun jawapan pada benak anda pada peringkat ini hakikatnya sudah tiba masa anda menyambutnya dengan gembira dan penuh bertanggungjawab. Lakukan yang terbaik untuk bayi anda.

Perasaan bercampur-baur dengan suka dan juga runsing. Suka kerana inilah jawapan kepada status anda sebagai wanita. Bingung kerana anda tak pasti dapat menjadi seorang ibu yang berjaya nanti.

Yang paling penting sekarang adalah menyiapkan diri anda sebagai bakal ibu supaya anda akan dapat memberi yang terbaik terhadap bayi anda dan mengenepikan persoalan yang berkecamuk itu. Dialah bakal mewarisi anda. Dialah kawan di kala sepi dan lawan di kala dia membesar. Dialah yang akan menemani anda insyaallah mudah-mudahan sampai ke akhir hayat.

Hargailahnya! dan jangan sia-siakannya .... duhai ibu.



tips :
kalau boleh dapatkanlah rawatan seorang doktor atau juru-rawat yang baik dan andaboleh percayai. Tanyalah kawan-kawan dan sahabat-handai pendapat mereka tentang khidmat seorang doktor yang boleh merawat anda. Ini kerana perhubungan dua-hala perlu diujudkan di antara ibu mengandung dan doktor. Dari hubungan ini, segala permasalahan kehamilan anda akan dapat ditangani dengan baik.

Doa anak sempurna Doa mendapat anak yang sempurna.
"Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami, sebagai penawar hati dan cahaya mata yang mententeramkan jiwa, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang bertaqwa" SURAH Al Furqan : 74.

ANDA DAN DOKTOR ANDA

Okey sekarang yang terpenting adalah mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik untuk anda. Inilah langkah pertama yang patut para ibu jalankan untuk diri mereka.

Dewasa ini, perkhidmatan kesihatan adalah tersedia rapi di Malaysia. Wanita Malaysia beruntung kerana struktur kemudahan kesihatan kita mewajibkan setiap orang mendapat rawatan sewajarnya.

Namun ramai wanita tidak menggunakan perkhidmatannya dengan sebaiknya. Kenapa ibu-ibu mengandung didapati keguguran atau mendapat anak yang cacat lagi tidak sihat lantaran tidak mengetahui langkah sewajarnya yang perlu diambil ketika mengandung. Jadi penting sekali kita melakukan pemantauan sebelum ditimpa kemalangan yang tidak diingini.

Pertama sekali, selepas melakukan ujian kehamilan di rumah lawatlah seorang doktor yang biasa anda lawati di mana-mana klinik. Doktor ini akan mengambil ujian kehamilan sekali lagi untuk memastikan anda hamil. Dari situ anda mempunyai tiga pilihan bersesuaian dengan kawasan di mana anda tinggal dan juga pada bujet anda, anda perlu memilih cara yang anda ingin mendapat rawatan ante-natal anda yakni rawatan susulan untuk sepanjang tempoh kehamilan anda.

Rawatan Antenatal

Sekarang bersiap-sedialah untuk berjumpa dengan doktor.

Panduan ringkas yang perlu anda buat untuk setiap lawatan bulanan sampai hamil 32 minggu:
1. Sediakan contoh air-kencing - untuk memantau pre-eclampsia, kencing manis.
2. Ambil tekanan darah dan denyutan nadi - untuk memantau tekanan darah tinggi
3. Timbang berat badan - untuk memastikan kadar berat badan naik dengan baik purata 12kg dalam tempoh 9 bulan.
4. Ujian ultra-sound - untuk melihat pertumbuhan bayi dan kesihatan uri dengan jelas dengan tujuan memantau kecacatan pada janin dan uri yang tidak sihat.

Pada kebiasaannya anda akan melawat doktor dan melakukan ujian ultra-sound serta melakukan prosedur di atas. Lawatan perlu dibuat sebulan sekali sampai mengandung 36 minggu. Selepas itu dua minggu sekali sampai bersalin.

tips :
darah waktu awal . hati-hati kalau ada kesan turun darah dan cramping pada bahagian perut. Segera berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Ini tanda-tanda awal keguguran bayi.

Pergilah melawat pegawai perubatan atau doktor di tempat-tempat berikut:

1. Doktor Biasa (Family General Physician) di klinik am
2. Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan (District Hospital)
3. Pakar Sakit Puan (Obstetrician & Gynecologist) di klinik swasta/hospital swasta.

1. Doktor biasa.

Doktor akan mengawasi perkembangan anda selama tempoh kehamilan dan akan mencadangkan kepada anda hospital yang sesuai untuk anda bersalin. Sekiranya nampak sesuatu yang luar-biasa, akan berlaku, doktor akan merujukkan anda ke pakar di hospital swasta mahupun kerajaan.

2. Pusat Kesihatan

Jika anda terdiri dari wanita-wanita yang tinggal di luar-bandar serta tinggal jauh dari hospital puan boleh mendapat rawatan dari Pusat-Pusat Kesihatan. Jangan tak pergi jumpa doktor walaupun duduk jauh! Nyawa dan kesihatan anda lebih penting. Akhirnya anda akan bersalin di hospital kerajaan.

3. Pakar Sakit Puan.

Anda juga boleh memilih untuk mendapat rawatan pakar sakit puan di hospital kerajaan dan swasta. Mereka kebiasaanya mempunyai klinik sendiri.

Bergantung pada bujet anda, pilihlah yang mudah anda jumpa dan yang penting sekali yang berwibawa dan anda percaya. Isu kesihatan perlu diletakkan pada seseorang yang amanah, berpengalaman dan bertanggungjawab. Cubalah dapatkan yang elok untuk rawatan anda.


Pautan Dari:

http://www.hamidarshat.com/penjagaan-diri-panduan

Khamis, 6 Mei 2010

IBU HAMIL PERLU JAGA KESIHATAN

SAAT paling indah bagi wanita yang berkahwin ialah apabila diri disahkan mengandung. Bayangan menjadi ibu sering bermain di fikiran dan perasaan tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata dirasakan setiap detik.

Sering juga bakal ibu membayangkan bagaimana rupa anak dalam kandungan dan kerenahnya sepanjang tumbesaran.

Setiap kehamilan melalui pengalaman berbeza dan istimewa kerana kehadiran si kecil membawa rahmat dan keceriaan dalam rumah tangga.

Apabila berhajat untuk mengandung, bersiap sedia kerana anda mungkin menerima kehadiran orang baru dalam tempoh 40 minggu akan datang.

Pastikan kesihatan yang baik, iaitu menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebaik disahkan mengandung, jaga kandungan dan diri anda sebaik mungkin serta elakkan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Nor Azlin Mohamed Ismail, ketika membentangkan perbincangan bertajuk ‘Perjalanan Selamat dari Hamil hingga Melahirkan’ di Seminar Keibubapaan Positif, baru-baru ini, berkata dalam pada perasaan bakal ibu bercampur baur antara bahagia, seronok dan bimbang, perubahan bentuk tubuh semakin dirasai.

Antara petanda seseorang wanita itu hamil ialah tiba-tiba tidak datang bulan, selain perubahan pada emosi dan bentuk payu dara.

Pada awal kehamilan juga bakal ibu mudah letih dan mengantuk. Perubahan ini sangat ketara kerana setiap kali berbaring, sama ada ketika menonton televisyen atau tidur, terlalu mudah terlena. Ada kalanya, ibu hamil juga mengalami sembelit dan keputihan lebih banyak daripada biasa.

Jangan lupa temujanji dengan doktor untuk memeriksa tekanan darah, denyutan jantung, ujian air kencing, mengambil vitamin tambahan, zat besi dan asid folik.

Amalkan kebersihan seperti membasuh tangan selepas keluar dari tandas, membasuh buah-buahan sebelum dikupas dan memastikan persekitaran rumah bersih.

Ketika mengandung, jauhi rokok, alkohol dan pengambilan ubat tanpa terlebih dulu mendapat nasihat doktor.

Pengambilan alkohol ketika hamil memberi kesan buruk kepada tumbesaran bayi dari segi fizikal dan mental.

Bakal ibu juga dinasihatkan mengurangkan pengambilan kafein dalam kopi, teh, coklat dan minuman berkarbonat.

Kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama dari awal kehamilan hingga 12 minggu, peringkat kedua dari usia kandungan 13 minggu hingga 26 minggu dan peringkat ketiga dari 27 minggu kehamilan hingga 40 minggu.

Ketika empat hingga lima minggu kehamilan, otak, telinga dan ruas tulang akan terbentuk. Jantina lelaki ditentukan oleh sperma lelaki. Kajian menunjukkan sperma lelaki berenang lebih cepat, tetapi tempoh hayatnya singkat.

Oleh itu, anda mungkin dapat meningkatkan peluang untuk mendapat bayi lelaki jika bersetubuh ketika dalam keadaan paling subur, iaitu kira-kira 14 hari sebelum kedatangan haid.

Jika bersetubuh kira-kira tiga hari sebelum anda menjangkakan kesuburan, peluang untuk mendapat bayi perempuan adalah tinggi.

Ketika kandungan berusia 12 minggu, semua organ penting, termasuk organ seks, mula terbentuk. Memasuki peringkat kedua kehamilan, pergerakan bayi mula dirasai ketika kandungan berusia 16 hingga 20 minggu.

Di saat merasai pergerakan pertama bayi, anda mungkin merasakan bagai mimpi dan tidak percaya. Semakin membesar, semakin kuat dirasakan pergerakan janin kerana dia juga mampu bertindak balas terhadap sentuhan dan suara. Ketika ini, organnya juga jelas kelihatan.

Ketika ini, tempat untuk melahirkan bayi, masalah perubatan dan masalah kehamilan terdahulu perlu diberi perhatian.

Pemeriksaan kemungkinan menghadapi jangkitan penyakit perlu dilakukan, di samping ujian mengesan penyakit kencing manis.

Pemeriksaan kandungan dilakukan secara bersiri, termasuk melakukan imbasan bagi mengetahui perkembangan pertumbuhan janin.

Sebagai persediaan menyambut kehadiran cahaya mata, pelbagai perkara perlu dipelajari seperti menghadapi saat kelahiran, penyusuan, penjagaan bayi dan sistem pemakanan yang sesuai. Untuk itu, anda dinasihatkan memasuki kelas antenatal yang memberi penekanan terhadap perkara terbabit.

Peringkat ketiga kehamilan, pertumbuhan bayi dalam kandungan dirasakan semakin cepat dan pada minggu 38 hingga 40, kandungan sedia dilahirkan ke dunia.

Ketika itu, saiz payu dara bertambah besar — persediaan untuk menyusu bayi, perut mengembang dan berat badan meningkat sehingga 10 hingga 12.5 kilogram.

Waktu ini, anda mungkin tidak dapat tidur malam dengan lena kerana perut yang memboyot menyukarkan anda untuk berbaring dengan selesa. Debaran untuk menanti kelahiran juga membuatkan emosi semakin tidak menentu.

Sakit bersalin

Sakit bersalin sukar diterangkan, kecuali mereka mengalaminya sendiri. Setiap wanita melalui pengalaman sakit bersalin yang berbeza, antara sakit sedikit atau terpaksa menanggung sakit sehingga beberapa hari sebelum bayi benar-benar bersedia untuk melihat dunia.

Beberapa petanda sakit bersalin ialah keluar sedikit darah atau air ketuban pecah.

Kontraksi yang dirasakan semakin lama semakin hebat hingga ada kalanya seseorang itu merasakan, itulah sakit yang tiada taranya.

Ada beberapa cara proses melahirkan anak seperti bersalin biasa, bersalin secara cetusan kelahiran (induce) atau episiotomi iaitu pembedahan untuk meluaskan pembukaan faraj bagi memudahkan kelahiran bayi, kaedah penyedutan (vacum) atau forcep dan pembedahan.

Hati terasa puas bila dapat melihat anak yang dilahirkan buat kali pertama. Selepas kelahiran bayi, anda perlu merancang kelahiran seterusnya. Masa beberapa tahun diperlukan untuk memulihkan kesihatan sebelum mengambil keputusan untuk hamil semula.

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...