PRODUK KAMI

Rabu, 29 Januari 2014

Kepentingan Penyusuan Ibu: Menjaga Bayi

1- Susu awal ibu adalah cecair emas
Dikenali sebagai cecair emas, kolestrum merupakan susu ibu yang awal, berupa cecair likat berwarna kuning. Ia hanya terhasil semasa mengandung dan sejurus selepas kelahiran bayi. Susu ini kaya khasiat dan antibodi untuk melindungi bayi. Walaupun bayi anda hanya mendapat sedikit sahaja kolestrum ini, ia sangat mencukupi kerana perut bayi anda masih kecil.

2- Susu anda berubah sejajar dengan tumbesaran bayi anda
Kolestrum berubah menjadi susu matang. Pada hari ketiga hingga hari kelima kelahiran, susu matang ini mengandungi kandungan lemak, gula, air dan protin yang mencukupi untuk mambantu bayi anda membesar. Ia lebih cair berbanding kolestrum, tetapi ia memberi semua khasiat dan antibodi yang bayi anda perlukan.





3- Susu ibu lebih mudah dihadam
Bagi kebanyakan bayi, terutamnya bayi pra-matang, susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula. Protin dalam susu formula diperbuat dari susu lembu dan ia membuatkan perut bayi mengambil masa yang lebih lama untuk menghadam.

4- Susu ibu melawan penyakit
Sel, hormon dan antibodi dalam susu ibu melindungi bayi dari penyakit. Perlindungan ini unik, susu formula tidak boleh menirunya. Pengambilan susu formula pada peringkat awal boleh menyebabkan jangkitan telinga dan cirit-birit. Penyusuan ibu juga boleh mengurangkan masalah paru-paru, asma, obesiti, diabetes tahap 2, dan masalah kulit bayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...