PRODUK KAMI

Isnin, 8 November 2010

Menjadi ibu yang empati…

Di sini saya kongsikan satu dialog yang sering kita hadapi dan temui...

"Kenapa kamu tak nak dengar, dengar apa yang ibu cakap", "Gunalah otak, jangan main buat je"...

Hurm, kadangkala kita terlepas cakap. Mungkin stress, letih atau dah biasa. Saya tak nafikan, kata-kata ini juga pernah keluar daripada mulut seorang pensyarah saya.

Namun, cuba kita fikirkan...



Ketika anak membuat kesilapan. Kita lantas menegurnya dengan cara ini. Bukankah ia tidak mematangkan pemikiran dan tindakan anak-anak, sebaliknya boleh menjadikan anak berfikiran negatif.

Ketika anak membuat kesalahan, sebenarnya kita mampu memberikan pengajaran yang baik kepadanya. Dengan sikap empatilah kita mampu menjadikan anak berfikir dengan matang.

Cuba perhatikan pula dialog ini:

"Ibu faham kenapa jadi begitu" atau mungkin kita hanya perlu senyum ketika anak berbuat salah.

Ha! Nampak tak bagaimana dengan jawapan di atas, keyakinan anak kita akan lebih tertancap teguh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...